Thursday 31 August 2017

KEM SOFT VOLLEYBALL HARI SUKAN NEGARA 2017


KEM SOFT VOLLEYBALL HARI SUKAN NEGARA 2017

TARIKH    :    7hb Oktober, 2017
MASA        :   Jam 8.00pagi - 6.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.





1.     PENGENALAN
·      Kem Kanak-kanak “Soft Volleyball’ sempena Hari Sukan Negara.
·      Diuruskan oleh Kelab Sukan VPM, Bayan Baru
·      Dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Timur Laut,  Pulau Pinang

2.     OBJEKTIF PROGRAM
·      Untuk memperkenalkn permainan bola tampar kepada murid-murid sekolah rendah.
·      Mempromosikan aktiviti sihat dan sukan di kalangan sekolah rendah khasnya murid-murid Tahun 1-3.
·      Menjana kesedaran dan penglibatan dalam permainan bola tampar.
·      Menarik perhatian dan minat murid-murid secara tidak langsung melalui beraneka permainan yang menyeronokan.

3.     TARIKH, MASA DAN TEMPAT
·      Tarikh : 07hb. Oktober 2017
·      Masa  : 8.00pagi – 6.00petang
·      Tempat : Dewan Gim dan Bilik Ceramah Kombes, Batu Uban, Pulau Pinang.
4.     PESERTA
·      Kumpulan Sasaran: Murid-murid sekolah rendah Tahun 1- 3 sahaja.
·      Bilangan: 40 hingga 50 orang peserta.

5.     PENGANJUR
·      Jabatan Belia & Sukan Daerah Timur Laut, P.Pinang.
·      Kelab Sukan VPM


6.     CARA PELAKSANAAN AKTIVITI
·      Secara lisan dan praktikal
·      Permainan ‘interactive’ dan ‘fun games’ bersendirian serta berkumpulan.
·      Sorakan beramai-ramai dan nyanyian.
·      Permainan ‘telematch’
·      Permainan bola tampar mini.

7.     ANUGERAH
·      Semua peserta yang berjaya tamat kem akan dianugerahkan dengan Sijil Penyertaan.

8.     PENGANGKUTAN PESERTA
·      Pengangkutan pergi-balik kem adalah tanggungan peserta masing-masing.

9.     PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP
·      Yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 setiap peserta.
·      Borang pendaftaran boleh didapati laman web/fb Kelab Sukan VPM atau Pejabat JBSNPP Daerah Timur Laut.
·      Semua borang yang lengkap mesti diserahkan kepada: Kelab Sukan VPM atau JBSNPP Daerah Timur Laut, Batu Uban, P.Pinang.
·      Tarikh tutup: 26hb. September 2017.



No comments:

Post a Comment