Tuesday 3 November 2015

KARNIVAL RAKAN MUDA DAY OUT NEGERI PULAU PINANG 2015



PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI ANJURAN BERSAMA JBSNPP & KELAB SUKAN VPM
(Pertandingan Bola Tampar 3-sebelah)


TARIKH    :    14hb November, 2015 (Sabtu)
MASA        :   Jam 8.00pagi - 2.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.



1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1.      KARNIVAL RAKAN MUDA DAY OUT NEGERI PULAU PINANG 2015
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH).
2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.      Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3                   Kelab Sukan VPM                
3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.      Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain berumur 15 tahun hingga 30 tahun. Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 16 pasukan (8 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).
4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.      TARIKH           :           14hb November 2015 (Sabtu)
4.2.      MASA              :           Jam 8.00pagi - 2.00petang.
4.3.      TEMPAT          :           Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.   
                   
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.      Borang penyertaan boleh akan didapati dari facebook: volleyball pillar management
5.2.      Yuran Penyertaan: RM30-00.
5.3.      Tarikh tutup: 11hb November 2015.
5.4.      Semua borang penyertaan mesti fax/emel kepada pihak penganjur pada atau sebelum tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat).
                        Fax: 04-6460718 / Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com
                       
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:
      6.1.       JOHAN                                             :  Wang Tunai RM200-00  
6.2.      NAIB JOHAN                                     :  Wang Tunai RM100-00  
6.3.      KETIGA BERSAMA                              :  Wang Tunai RM  50-00  
7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.      Sistem Pertandingan akan di tetapkan oleh pihak penganjur.
7.2.      Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.
8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1      Upacara penutupan ringkas akan diadakan selepas perlawanan akhir.
9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.      Sila merujuk kepada Lampiran A



LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
  1.  Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pemain berumur 15 hingga 30 tahun.
  2. Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
  3. Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
  4. Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.
  5. Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
  6. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati atau liga berkumpulan dengan 1 set (25 mata) sahaja.
  7.  Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
  8. Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out” 30 saat sahaja.
  9. Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
  10. Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
  11.  Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.
  12.  Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan dengan wang deposit RM200-00 dalam 30 minit dari tamat perlawanan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delegasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi ini adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
  13. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.


Disediakan Oleh: Jawatankuasa Penganjur, KARNIVAL RAKAN MUDA DAY OUT P.PINANG 2015 – PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH.