Sunday 20 July 2014

4V4 KARNIVAL BOLA TAMPAR 2014 (SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-57).


MERDEKA DAY 4V4 VOLLEYBALL CARNIVAL 2014
KARNIVAL BOLA TAMPAR (4-SEBELAH) JBSNPP-VPM 2014


TARIKH : 31bh OGOS - 1hb SPET 2014
MASA     : JAM 8.00 Pagi HINGGA 7.00Ptg
TEMPAT: Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.


1. OBJEKTIF:

1.1.              MEMPROMOSIKAN BOLA TAMPAR SEBAGAI SUKAN REKREASI DAN MENGALAKAN   ACKTIVITI BERSUKAN UNTUK SEMUA.
1.2.              MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE-57.
1.3.              MENINGKATKAN KESEDARAN SUKAN & KECERGASAN KEPADA SEMUA.

2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.         KELAB SUKAN VPM dengan kerjasama
2.2.         JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG.
               
3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.         Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pasukan bola tampar di Malaysia.
3.2.         Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 36 pasukan (24 pasukan lelaki dan  12 pasukan wanita).

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.         TARIKH    :    31hb Ogos hingga 1 September 2014
4.2.         MASA        :   JAM 8.00 pagi  HINGGA 7.00 ptg
4.3.         TEMPAT   :    KOMPELKS BELIA & SUKAN, BATU UBAN, PULAU PINANG.
                              
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.         Borang penyertaan boleh didapati daripada Kelab Sukan VPM, Bayan Baru, Pulau Pinang
5.2.         Yuran Penyertaan: RM50-00.
5.3.         Tarikh tutup: 15hb Ogos, 2014
5.4.         Semua borang penyertaan dan yuran  mesti diserah pada atau sebelum tarikh tutup kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup. (PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PASUKAN YANG TERLEWAT)
            
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:

       6.1.          JOHAN                                             :  RM 200-00 + Pingat
6.2.         NAIB JOHAN                                   :  RM 100-00 + Pingat
6.3.         TEMPAT KETIGA BERSAMA    :  RM 50-00  +  Pingat

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.         Sistem Pertandingan akan ditentukan dengan jumlah penyertaan.
7.2.         Pihak penganjur berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

 8. UPACARA PENUTUPAN:
8.1.1           Upacara penutupan ringkas akan diadakan pada akhir pertandingan. Semua pasukan yang menang – tempat pertama hingga ketiga di wajib hadir dengan semua pemain nya untuk menerima hadiah masing-masing. Hadiah tidak akan di berikan kepada mana-mana pasukan yang tidak hadir pada majlis penutupan ini.

9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.      Sila merujuk kepada Lampiran A

LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN


1.      Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pasukan bola tampar.
2.      Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
3.      Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
4.      Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 5 orang peserta.
5.      Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
6.       Pertandingan akan dijalankan dengan 1 set (25 mata) sahaja untuk semua perlawanan. Pasukan hendak bertukar gelanggang apabila salah satu pasukan telah memperolehi 13 mata.
7.      Sistem pengiraan mata adalah seperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
8.      Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
9.      Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
10.  Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.
11.  Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” tidak di kira sebagai satu pukulan. Pemain akan membuat servis mengikut giliran dan mengikut pusingan (rotation).
12.  Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan diikuti dengan bantahan bertulis bersama wang cagaran RM50-00. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
13.  Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola.



Disediakan Oleh:

Jawatankuasa Pengelola Karnival Bola Tampar 4-Sebelah JBSNPP-VPM 2014.