Wednesday 17 September 2014

Karnival Sukan Veteran 2014 Pertandingan Bola Tampar (4-Sebelah)



KARNIVAL SUKAN VETERAN 2014
BOLA TAMPAR (4-SEBELAH)

TARIKH : 12bh OKT 2014
MASA     : JAM 8.00 Pagi HINGGA 7.00Ptg
TEMPAT: Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.

*Schedule can be found below


1. NAME PERTANDINGAN:

KARNIVAL SUKAN VETERAN 2014
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 4-SEBELAH).

2. PENGELOLA BERSAMA:

  • JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG
  • KELAB SUKAN VPM

3. OBJEKTIF:

  • Mempromosikan aktiviti-aktiviti sihat dan sukan di kalangan warga veteran.
  • Mengelolakan acara sukan yang dapat mengeratkan perhubungan baik antara kaum.
  • Meningkatkan kesedaran sukan bola tampar sebagai sukan rekreasi yang sesuai untuk orang ramai.


4. SASARAN KUMPULAN:

  • Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 30 tahun keatas (wanita ) & 35 keatas (lelaki).
  • Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 20 pasukan (12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:

  • TARIKH: Ahad 12HB OKTOBER, 2014
  • MASA: 8 PAGI – 7 PETANG
  • TEMPAT: KOMPLEK BELIA & SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG.
6. PENDAFTARAN/PENTAYAAN  DAN TARIKH TUTUP:

  • Borang penyertaan akan di edarkan kepada kelab-kelab sukan dan pasukan bola tampar di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sektor swasta.
  • Yuran Penyertaan: RM30-00.
  • Semua borang penyertaan yang lengkap mesti di serah kepada:

Pn. Angelina, H/P: 016-4703733 atau En. Khaw H/P: 016-4868902- atau
En. Looee Choong H/P: 012-4533044.
Tarikh Tutup: 5hb Oktober 2014.


7. PENGANGKUTAN AND PENGINAPAN:

Segala tambang pengangkutan and kos penginapan adalah tanggungan pasukan sendiri.

8. HADIAH KEMENANGAN:

Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:

  • JOHAN                                 :  Wang Tunai RM150  + Pingat
  • NAIB JOHAN                      :  Wang Tunai RM100  + Pingat
  • KETIGA                                :  Wang Tunai RM 50    + Pingat

9. SISTEM PERTANDINGAN:

  • Pertandingan akan dijalankan secara Liga ATAU Liga Kumpulan (1 SET:25 mata) pada pusingan awal dan “BEST OF 3 SETS” (15 mata) pada perlawanan akhir.

  • Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

10. UPACARA PENUTUPAN:

  • Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan akhir. Semua pemain pasukan yang berjaya memenangi tempat pertama, kedua & ketiga mesti hadir untuk menerima hadiah masing-masing. Hadiah dan wang tunai tidak akan diberi kepada pasukan yang tidak berada di upacara penutupan.


PERATURAN
KARNIVAL SUKAN VETERAN 2014
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 4-SEBELAH)
LAMPIRAN A

  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk-penduduk  Malaysia yang berusia 30 tahun ketas (Wanita) & 35 tahun keatas (Lelaki).

  1. Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.38 meter; manakala untuk wanita ialah 2.20 meter.

  1. Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.

  1. Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 5 orang peserta. Seorang pemain hanya boleh mewakili satu pasukan sahaja.

  1. Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.

  1. Semua perlawanan pusingan awal akan di putus dengan satu set (25 mata). Hanya perlawanan akhir akan diputuskan dalam “Best of 3 sets” (15 mata). Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem “pingpong”.  Apabila terdapat mata seri 24: 24 (pusingan awal)  ATAU 14:14 (perlawanan ahkir) pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.

  1. Dalam setiap set, pasukan dibenarkan satu kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.

  1. Hanya satu penggantian dibenarkan dalam satu set.

  1. Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan. Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.

  1. Dalam pengiraan kedudukan, pasukan yang menang akan diberi mata, manakala pasukan yang kalah 1 mata dan pasukan yang memberi “Walk Over” tidak akan dapat sebarang mata.  Jikanterdapat mata yang sama, maka kedudukan akan dikira berdasarkan kadar poin yang menang dan kalah.

  1. Semua pasukan yang telah berjaya mendapat tempat  pertama, kedua & ketiga diwajib menghadiri upacara penutupan dengan sekurang- kurangnya 4 pemain.

  1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan perlawanan akan di teruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan dibenarkan membuat bantahan. Pasukan mesti mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Pegelola secara bertulis dengan wang  tunai RM50-00 sebagai wang cagaran.dalam tempoh 1/2 jam selepas perlawanan berkenaan.  Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Juri Rayuan. Jika bantahan/rayuan berjaya wang cagaran akan di kembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya bantahan/rayuan tidak berjaya.  Keputusan dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

  1. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan akan di putuskan oleh pihak penganjur.




MERDEKA DAY 4V4 VOLLEYBALL CARNIVAL 2014




MERDEKA DAY 4V4 VOLLEYBALL CARNIVAL 2014
KARNIVAL BOLA TAMPAR (4-SEBELAH) JBSNPP-VPM 2014

TARIKH : 31bh OGOS - 1hb SPET 2014
MASA     : JAM 8.00 Pagi HINGGA 7.00Ptg
TEMPAT: Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.




A TOTAL OF 28 TEAMS PARTICIPATED IN THE DAY LONG CARNIVAL. HERE ARE THE RESULTS:


WOMEN Category:

CHAMPION - DESPERADOS

1ST RUNNER-UP - US FROZEN FOOD

JOINT 3RD - THE WISDOM & FUNTASTIC.


MEN Categoty:

CHAMPION - EXTREME B

1ST RUNNER-UP - V-MEN

JOINT 3RD - EXTREME C & CIN CAI LA.


THE CARNIVAL WAS OFFICIALLY OPENED BY THE CARNIVAL MAIN SPONSOR, Y. BHG TAN SRI DATO PADUKA DR. FNG AH SENG JP.


"MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!"


















More Photos