Wednesday 19 October 2016

Under 11 Volleyball Tournament


JOM! BOLA TAMPAR
Pertandingan Bola Tampar 11TKB


TARIKH    :    19 & 20hb November, 2016
MASA       :   Jam 8.00pagi - 6.00Petang
TEMPAT   :    SJK(C) Jit Sin A & B, Berapit Bukit Mertajam Pulau Pinang.



1. NAMA AKTIVITI
· Pertandingan Bola Tampar Umur 11tkb 2016

2. PENGELOLA BERSAMA
· Kelab Sukan VPM, Bayan Baru
· Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Pulau Pinang

3. OBJEKTIF
· Untuk memperkenalkn permainan bola tampar ke murid-murid sekolah rendah.
· Mempromosikan aktiviti sihat dan sukan di kalangan sekolah rendah khasnya murid-murid umur 11 Tahun ke bawah.
· Menjana kesedaran dan penglibatan dalam permainan bola tampar.
· Memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan bakat dan kemahiran selepas bertungkus-lumus menjalani latihan.
· Menggalakkan murid-murid bergaul di antara satu sama lain dalam suasana meriah dan bertanding secara persahabatan.
· Membina semangat pasukan dan kerjasama dalam pasukan.

4. KUMPULAN SASARAN
· Semua murid-murid sekolah rendah umur 11 Tahun ke bawah, Negeri Pulau Pinang.

5. BILANGAN PASUKAN
· 15 hingga 20 pasukan.

6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
· Tarikh : 19-20hb. November 2016
· Masa : 8.30pagi – 6.30petang
· Tempat : Gelanggang Bola Tampar Sekolah Rendah Cina Jit Sin, Jalan Berapit, Bukit Mertajam.

7. CARA PELAKSANAAN AKTIVITI
· Sistem pertandingan: Peringkat awal - liga kumpulan.
· Pusingan kedua adalah secara kalah-mati.

8. MAKANAN DAN MINUMAN
· Makanan dan minuman adalah tanggungan pasukan masing-masing.

9. ANUGERAH
· Hadiah-hadiah: Trofi dan pingat individu untuk Johan, Naib Johan dan Tempat Ke3 Bersama setiap kategori.

10. PENGANGKUTAN PESERTA
· Pengangkutan pergi-balik tempat pertandingan adalah tanggungan peserta masing-masing.

11. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP
· Yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 setiap pasukan.
· Bayaran kepada Akuan Kelab Sukan VPM Bayan Baru # 32400009599 di Bank Hong Leong Bhd.
· Borang pendaftaran boleh didapati dilaman web/fb Kelab Sukan VPM.

Semua borang yang lengkap mesti diserahkan kepada: Kelab Sukan VPM sebelum tarikh tutup: 10hb. November 2016.


PERATURAN PERTANDINGAN
  1. Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan bola tampar Umur 11 Tahun Ke Bawah dari seluruh Negeri Pulau Pinang dan pasukan jemputan dari luar negeri.
  2. Tinggi net: 2.10 meter untuk lelaki dan perempuan.
  3. Bola pertandingan yang digunakan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
  4. Setiap pasukan dibenar mendaftar 12 orang peserta sahaja termasuk Libero.
  5. Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak di bahagian depan dan belakang..
  6. Semua perlawanan akan diputuskan dalam 3 set (25,25,15) mata.  Apabila terdapat mata seri 24:24 dalam set 1 dan 2 (14:14 set 3) pasukan mesti mendahului dengan 2 mata untuk memenangi perlawanan.
  7. Dalam setiap set, pasukan dibenarkan 2 kali “Time-Out”. (30 saat.)
  8. Setiap pasukan mesti ada 6 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Sekiranya ada pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
  9. Pasukan yang lewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
  10. Sistem pertandingan yang akan digunakan adalah berdasarkan bilangan pasukan yang  mengambil bahagian dan keputusan penganjur dalam hal ini adalah muktamad.
  11. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan perlawanan akan di teruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan dibenarkan membuat bantahan. Pasukan mesti mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Pegelola secara bertulis dengan wang tunai RM100-00 sebagai wang cagaran dalam tempoh 1/2 jam selepas perlawanan berkenaan.  Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Juri Rayuan. Jika bantahan/rayuan di terima wang cagaran akan di kembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya bantahan/rayuan tidak berjaya.  Keputusan dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
  12. Semua pemain pasukan yang menang hadiah (Johan, N-johan dan Ke-3 Bersama) dalam pertandingan mesti hadir untuk menerima hadiah masing-masing.  
  13. Selain daripada peraturan pertandingan yang dinyatakan di atas, semua keputusan akan dibuat berdasarkan PERATURAN BOLA TAMPAR FIVB yang terkini.

Monday 10 October 2016

Program Bola Tampar Sempena Hari Sukan Negara


PROGRAM BOLA TAMPAR
- Kem Soft Volleyball
- Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah

TARIKH    :    08hb Oktober, 2016
MASA        :   Jam 8.00pagi
TEMPAT   :    Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.

PROGRAM: KEM SOFT VOLLEYBALL HARI SUKAN NEGARA 2016


We are pleased to inform that a total of 44 year 1,2&3 kids have participation in this year's HARI SUKAN NEGARA SOFT VOLLEYBALL CAMP on the 8 OCTOBER 2016.




HARI SUKAN NEGARA 2016 – BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH

We are pleased to inform that a total of 24 teams have confirmed participation in this year's HARI SUKAN NEGARA 3-ASIDE BEACH VOLLEYBALL TOURNAMENT ON 8 OCTOBER 2016.

PARTICIPATING TEAMS: 

MEN CATERGORY 
1) LUSIA TSL PLASTICS
2) EXTREME A
3) EXTREME B
4) EXTREME C
5) PIRATES VC A
6) PIRATES VC B
7) FLYING TITANS A
8) FLYING TITANS B
9) FLYING TITANS C
10) NGVC
11) X-DREAM
12) JSP 1
13) JSP 2
14) JSP 3


WOMEN CATERGORY
15) T4
16) FIVE 0
17) ACE TEAM
18) SMKMM 1
19) SMKMM 2
20) NGVC
21) PIRATES LADY A
22) PIRATES LADY B
23) SEMPOI FC

FINAL RESULT:


MEN CATEGORY 
CHAMPION: EXTREME B
RUNNER-UP: X-DREAM
JOINT 3RD: PIRATE'S B & EXTREME A

WOMEN CATEGORY 
CHAMPION: FIVE O
RUNNER-UP: T4 
JOINT 3RD: ACE & SMK MAK MANDIN