Friday 3 April 2015

Karnival Sukan JBS 2015 (Bola Tampar Pantai 3-sebelah)


Karnival Sukan JBS 2015
(Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah)


TARIKH    :    10hb Mei, 2015 (Ahad)
MASA        :   Jam 8.00pagi - 1.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.



1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1. KARNIVAL SUKAN JBS 2015
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH)

2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1. Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3 Kelab Sukan VPM

3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain bola tampar pantai. Bilangan pasukan yang mengambil bahagian terhad kepada 16 pasukan sahaja (8 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1. TARIKH    :    10hb Mei, 2015 (Ahad)
4.2. MASA        :   Jam 8.00pagi - 2.00petang.
4.3. TEMPAT   :    Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.    
                   
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1. Borang penyertaan boleh akan didapati dari facebook: volleyball pillar management
5.2. Yuran Penyertaan: RM30-00.
5.3. Tarikh tutup: 30hb April 2015.
5.4. Semua borang penyertaan mesti emel kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat).
         
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:
      6.1. JOHAN             :  Wang Tunai RM200-00  + Pingat
6.2. NAIB JOHAN        :  Wang Tunai RM100-00  + Pingat
6.3. KETIGA BERSAMA :  Wang Tunai RM  50-00  + Pingat

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1. Sistem Pertandingan KALAH MATI akan digunakan.
7.2. Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
  1. Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan akhir.

9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1. Sila merujuk kepada Lampiran A



LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN
KARNIVAL SUKAN JBS 2015
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH)
  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain bola tampar pantai yang menetap di Malaysia.

  1. Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.

  1. Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.

  1. Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.

  1. Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.

  1. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dalam 1 set (25 mata) sahaja.

  1. Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.

  1. Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalan 30 saat.

  1. Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.

  1. Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.

  1. Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.

  1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.

  1. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan di putuskan oleh pihak penganjur berdasarkan PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.




No comments:

Post a Comment