Monday 29 August 2016

Program Bola Tampar (3-Aside Beach Volleyball Tournament)


PROGRAM BOLA TAMPAR
- Kem Soft Volleyball
- Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah


TARIKH    :    08hb Oktober, 2016
MASA        :   Jam 8.00pagi

TEMPAT   :    Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.

HARI SUKAN NEGARA 2016 – BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH


1. NAMA  PERTANDINGAN:
1.1.          PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2016

2. PENGELOLA  BERSAMA:
2.1.          Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang
2.3            Kelab Sukan VPM.

3. OBJEKTIF PERTANDINGAN
3.1            Mempromosikan bola tampar pantai sebagai sukan rekreasi dan mengalakkan aktiviti berpasukan untuk semua.
3.2            Mengalakkan orang ramai melibatkan diri dalam kegiatan sihat dan memanfaatkan.
3.3            Menjanakan sikap dan semangat kesukanan di kalangan orang ramai.

4.  SASARAN KUMPULAN:
4.1.          Pertandingan ini  dibuka kepada pemain bola tampar pantai. Pengambilan bilangan pasukan adalah 24 pasukan (12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita).

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
5.1.          TARIKH    :    08hb. Oktober, 2016 (Sabtu)
5.2.          MASA        :   Jam 8.00pagi - 4.00petang.
5.3.          TEMPAT   :    Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban,
Pulau Pinang.    
                   
6. PENDAFTARAN  DAN TARIKH TUTUP:
6.1.          Borang penyertaan boleh didapati dari facebook: volleyball pillar management
6.2.          Yuran Penyertaan: RM30-00.
6.3.          Tarikh tutup:  20hb. September 2016.
6.4.          Semua borang penyertaan dengan resit bank mesti diemel / watsapp kepada Looee Choong (012 4533 044) sebelum tarikh tutup. Pendaftaran LEWAT akan ditolak.
                  Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.comFax: 06-6460718

7. HADIAH PEMENANG:
Hadiah-hadiah pemenang  adalah seperti  berikut:
                         JOHAN                                        :  Wang Tunai RM400.00  
                  NAIB JOHAN                            :  Wang Tunai RM200.00
                  KETIGA BERSAMA                  :  Wang Tunai RM100.00


8. SISTEM PERTANDINGAN:
8.1.          Sistem Pertandingan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
8.2.          Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.


9. UPACARA  PERASMIAN/PENUTUP:
9.1            Upacara penutup akan diadakan selepas perlawanan akhir.
9.2            Semua pasukan yang berjaya  DIWAJIB hadir dengan semua pemain.



 LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH
 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2016

      1.   Pertandingan ini dibuka kepada pemain bola tampar pantai yang menetap di Malaysia.

2.              Ketinggian  net:  Lelaki -  2.43 meter;  Wanita -  2.24 meter.

3.              Bola pertandingan yang digunakan akan ditentukan oleh pihak  penganjur.

4.              Setiap pasukan dikehendaki  mendaftar  3  orang peserta.

5.              Jersi  seragam  warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor  mesti  jelas dicetak.

6.              Pertandingan akan dijalankan secara  kalah-mati  dalam 1 set (25 mata) saja.

7.              Sistem  pengiraan mata  adalah seperti  system  pingpong.  Apabila  terdapat  mata seri 24:24 pasukan  mesti  mendahului  dengan 2 mata untuk menang.

8.              Dalam  setiap  perlawanan, pasukan  dibenarkan  1 kali “Time-Out”.  Setiap  “Time Out” adalah 30 saat.

9.              Setiap  pasukan  mesti  ada  3 orang  peserta  yang  bertanding  dalam  gelanggang.  Mana-mana pasukan  yang  tidak  lengkap, kemenangan  akan  diberi  kepada  pihak  lawan.

10.           Pasukan  yang lewat  melaporkan  diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas  10 minit  dari  masa yang telah  dijadualkan.

11.           Dalam permainan hanya  3 sentuhan dibenarkan untuk menghantar  bola  ke gelanggang
pihak awan dan “blocking” dikira sebagai satu pukulan.

12.           Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti  memberitahu pengadil bertugas secara lisan. Diikuti dengan surat  dan yuran bantahan RM100.00 dalam masa  30 minit selepas perlawanan. Bantahan/rayuan akan  dipertimbangkan oleh  Delegasi  Teknikal/Delagasi  Referi.  Keputusan dibuat  oleh  Delegasi  adalah muktamad.  Pemain  tidak  dibenarkan  membantah  tentang keputusan  pengadil  atas “playing fault”.

13.           Peraturan  yang  tidak dinyatakan  dalam peraturan  pertandingan  ini akan  diputuskan  oleh pihak  Penganjur  berdasarkan  PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.






Program Bola Tampar (Kids soft volleyball camp)


PROGRAM BOLA TAMPAR
- Kem Soft Volleyball
- Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah


TARIKH    :    08hb Oktober, 2016
MASA        :   Jam 8.00pagi

TEMPAT   :    Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.


PROGRAM: KEM SOFT VOLLEYBALL HARI SUKAN NEGARA 2016

1.    PENGENALAN
·      Kem Soft Volleyball sempena Hari Sukan Negara untuk kanak-kanak.
·      Diuruskan oleh Kelab Sukan VPM, Bayan Baru
·      Dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Timur Laut,  Pulau Pinang

2.    OBJEKTIF PROGRAM
·      Untuk memperkenalkn permainan bola tampar kepada murid-murid sekolah rendah.
·      Mempromosikan aktiviti sihat dan sukan di kalangan sekolah rendah khasnya murid-murid Tahun 1-3.
·      Menjana kesedaran dan penglibatan dalam permainan bola tampar.
·      Menarik perhatian dan minat murid-murid secara tidak langsung melalui beraneka permainan yang menyeronokan.

3.    TARIKH, MASA DAN TEMPAT
·      Tarikh            : 08hb. Oktober 2016
·      Masa  : 8.00pagi – 5.00petang
·      Tempat : Dewan Badminton dan Bilik Ceramah, Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.

4.    PESERTA
·      Kumpulan Sasaran: Murid-murid sekolah rendah Tahun 1- 3 sahaja.
·      Bilangan: 50 -60 orang peserta.

5.    CARA PELAKSANAAN AKTIVITI
·      Secara lisan dan praktikal
·      Permainan ‘interactive’ dan ‘fun games’ bersendirian serta berkumpulan.
·      Sorakan beramai-ramai dan nyanyian.
·      Belajar kemahiran asas bola tampar.
·      Permainan ‘telematch’ dan perlawanan  antara pasukan.

     
6.    PENUTUPAN - ANUGERAH
·       Satu majlis penutupan akan di adakan pada akhir kem ini.
·      Semua peserta yang berjaya tamat kem akan dianugerahkan dengan Sijil Penyertaan.

7.    PENGANGKUTAN PESERTA
·      Pengangkutan pergi-balik kem adalah tanggungan peserta masing-masing.

8.    PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP
·      Yuran pendaftaran adalah RM30.00 setiap peserta.
·      Bayaran kepada Akuan di Bank RHB: Volleyball Pillar Management
No: 20715800041381.

·      Semua borang yang lengkap dan resit bank mesti diserahkan kepada penganjur sebelum 20hb. September 2016.