Monday 29 August 2016

Program Bola Tampar (Kids soft volleyball camp)


PROGRAM BOLA TAMPAR
- Kem Soft Volleyball
- Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah


TARIKH    :    08hb Oktober, 2016
MASA        :   Jam 8.00pagi

TEMPAT   :    Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.


PROGRAM: KEM SOFT VOLLEYBALL HARI SUKAN NEGARA 2016

1.    PENGENALAN
·      Kem Soft Volleyball sempena Hari Sukan Negara untuk kanak-kanak.
·      Diuruskan oleh Kelab Sukan VPM, Bayan Baru
·      Dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Timur Laut,  Pulau Pinang

2.    OBJEKTIF PROGRAM
·      Untuk memperkenalkn permainan bola tampar kepada murid-murid sekolah rendah.
·      Mempromosikan aktiviti sihat dan sukan di kalangan sekolah rendah khasnya murid-murid Tahun 1-3.
·      Menjana kesedaran dan penglibatan dalam permainan bola tampar.
·      Menarik perhatian dan minat murid-murid secara tidak langsung melalui beraneka permainan yang menyeronokan.

3.    TARIKH, MASA DAN TEMPAT
·      Tarikh            : 08hb. Oktober 2016
·      Masa  : 8.00pagi – 5.00petang
·      Tempat : Dewan Badminton dan Bilik Ceramah, Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.

4.    PESERTA
·      Kumpulan Sasaran: Murid-murid sekolah rendah Tahun 1- 3 sahaja.
·      Bilangan: 50 -60 orang peserta.

5.    CARA PELAKSANAAN AKTIVITI
·      Secara lisan dan praktikal
·      Permainan ‘interactive’ dan ‘fun games’ bersendirian serta berkumpulan.
·      Sorakan beramai-ramai dan nyanyian.
·      Belajar kemahiran asas bola tampar.
·      Permainan ‘telematch’ dan perlawanan  antara pasukan.

     
6.    PENUTUPAN - ANUGERAH
·       Satu majlis penutupan akan di adakan pada akhir kem ini.
·      Semua peserta yang berjaya tamat kem akan dianugerahkan dengan Sijil Penyertaan.

7.    PENGANGKUTAN PESERTA
·      Pengangkutan pergi-balik kem adalah tanggungan peserta masing-masing.

8.    PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP
·      Yuran pendaftaran adalah RM30.00 setiap peserta.
·      Bayaran kepada Akuan di Bank RHB: Volleyball Pillar Management
No: 20715800041381.

·      Semua borang yang lengkap dan resit bank mesti diserahkan kepada penganjur sebelum 20hb. September 2016.






No comments:

Post a Comment