Thursday 17 September 2015

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2015


PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2015 
(Pertandingan Bola Tampar 3-sebelah)


TARIKH    :    10hb Oktober, 2015 (Sabtu)
MASA        :   Jam 8.00pagi - 1.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.



1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1.         PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2015

2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.         Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3           Kelab Sukan VPM             

3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.         Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain bola tampar pantai. Bilangan pasukan yang mengambil bahagian terhad kepada 16 pasukan sahaja (8 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.         TARIKH    :    10hb Oktober, 2015 (Sabtu)
4.2.         MASA        :   Jam 8.00pagi - 1.00petang.
4.3.         TEMPAT   :    Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban,
                                      Pulau Pinang.    
                   
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.         Borang penyertaan boleh akan didapati dari facebook: volleyball pillar management
5.2.         Yuran Penyertaan: RM30-00.
5.3.         Tarikh tutup: 30hb September 2015.
5.4.         Semua borang penyertaan mesti emel kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat).
                  Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com Fax: 06-6460718

6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:
       6.1.           JOHAN                                       :  Wang Tunai RM300-00  
6.2.         NAIB JOHAN                          :  Wang Tunai RM150-00
6.3.         KETIGA BERSAMA                :  Wang Tunai RM 75-00

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.         Sistem Pertandingan akan di tetapkan oleh pihak penganjur.
7.2.         Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.       Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan akhir.




LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH
 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2015

1.           Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain bola tampar pantai yang menetap di Malaysia.

2.              Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.

3.              Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.

4.              Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.

5.              Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.

6.              Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dalam 1 set (25 mata) sahaja.

7.              Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 24:24
              pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.

8.              Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah
              30 saat.

9.              Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana-mana
              pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.

10.           Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan
              selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.

11.           Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang
              lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.

12.           Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil
              bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan. Bantahan/rayuan akan di
              pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah
              muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing
              fault”.

13.           Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan di putuskan oleh pihak

No comments:

Post a Comment