Saturday 29 March 2014

JBSNPP-VPM BEACH VOLLEYBALL CARNIVAL 2014

KARNIVAL BOLA TAMPAR PANTAI JBSNPP-VPM 2014
JBSNPP-VPM BEACH VOLLEYBALL CARNIVAL 2014


TARIKH       :          4HB MEI 2014 (AHAD)
MASA          :           8 PAGI – 7 PTG
TEMPAT      :           KOMBES, BATU UBAN, P.PINANG


(Photos by Eric Lai, Imacolour Digital Imaging Centre)


OBJEKTIF
·         Mempromosikan sukan bola tampar pantai kepada orang ramai.
·         Mengelolahkan acara sukan untuk mengeratkan perhubungan baik dimasyarakat kita.
·         Meningkatkan kesedaran sukan  & kecergasan adalah penting untuk semua.


HADIAH
JOHAN:                                RM100-00 & PINGAT
NAIB JOHAN:                       RM50-00 & PINGAT
KETIGA BERSAMA:              RM25-00 & PINGAT


PERATURAN AM
·         Penyertaan dibuka kepada semua pasukan bola tampar pantai.
·         2 Kategori: Wanita & Lelaki.
·         Ketinggian jaring – Wanita (2.24m) & Lelaki (2.43m).
·         Satu perlawanan hanya 1 set (21 poin) akan dimainkan.
·         Sistem kalah mati akan digunakan.


Peraturan lengkap boleh didapati dari laman web: http://volleyballpillarmanagement.blogspot.com
Yuran Penyertaan: RM10-00 (Tarikh Tutup: 20 April 2014).
Borang penyertaan & yuran harus di serah kepada: Angee (016-4703733), Khaw JT (016-4868902) atau
Looee (012-45330440). Fax: 04-6384718. Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com







KARNIVAL BOLA TAMPAR PANTAI JBSNPP-VPM 2014

1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1.         KARNIVAL BOLA TAMPAR PANTAI JBSNPP-VPM 2014.

2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.         Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3          Kelab Sukan VPM           

3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.         Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua. Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 30 pasukan (15 pasukan lelaki dan  15 pasukan wanita).

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.         TARIKH    :    4hb Mei 2014(Ahad)
4.2.         MASA        :   Jam 8.00pagi - 7.00petang.
4.3.         TEMPAT   :    Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.   
                    
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.         Borang penyertaan boleh akan didapati dari laman web: http://volleyballpillarmanagement.blogspot.com
5.2.         Yuran Penyertaan: RM10-00.
5.3.         Tarikh tutup: 20hb April 2014.
5.4.         Semua borang penyertaan mesti fax/emel kepada pihak penganjur pada atau sebelum tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat). Fax :04-6384718, Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com
               
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:
       6.1.          JOHAN                                  :  Wang Tunai RM100-00  + Pingat
6.2.         NAIB JOHAN                      :  Wang Tunai RM  50-00  + Pingat
6.3.         KETIGA BERSAMA            :  Wang Tunai RM  25-00  + Pingat

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.         Sistem Pertandingan KALAH MATI akan digunakan.
7.2.         Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

 8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1          Upacara perasmian ringkas akan diadakan pada pagi 4hb Mei 2014, dan upacara penutup akan diadakan selepas perlawanan akhir.

9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.         Sila merujuk kepada Lampiran A



LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
1.     Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pasukan bola tampar pantai.
2.     Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
3.     Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
4.     Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 2 orang peserta.
5.     Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
6.      Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dengan 1 set (21 mata) sahaja.
7.     Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 20:20 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
8.     Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out” 30 saat sahaja.
9.     Setiap pasukan mesti ada 2 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
10.Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
11.Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.
12.Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi ini adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
13.Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.




Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Penganjur Karnival Bola Tampar Pantai JBSNPP-VPM 2014

No comments:

Post a Comment