Penang Youth Volleyball Carnival 2012

[Updated 2012-07-25]
Full Results available here: 

RESULTS: Penang Youth Volleyball Carnival 2012 (Click Here) 


Photos are available at
PHOTOS Penang Youth Volleyball Carnival 2012 (Click Here)


-------------------------------------------------------------------------
It is with great pleasure to announce that Volleyball Pillar Management (VPM) Sports Club together with Penang Volleyball Association (PVA), Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Majlis Sukan Pulau Pinang and Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang will be organizing the coming Penang Youth Volleyball Carnival for age groups Under-11, Under-13 and Under-15 for both boys and girls category. 



Venue: Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.
Dates:16th & 17th, 23rd & 24th June 2012
Time: 8.30am - 7.00pm












Participation is open to residents of the state of Pulau Pinang (Island and Mainland).
Players with potential will be selected to join state level training.



Click here to download entry form.


Here are some photos of the last year's 2011 youth carnival:
        2011 Under-13 Photos
        2011 Under-11 Photos  

Inquiries:

Looee Choong at 012-4533044 or Angelina Hoh at 016-4703733


Full Details:


KARNIVAL BOLA TAMPAR BELIA PULAU PINANG 2012
(PERTANDINGAN UMUR 11, 13 & 15 TAHUN KEBAWAH)


 
1. NAMA ACARA:
KARNIVAL BOLA TAMPAR BELIA PULAU PINANG 2012.

2. PENGELOLA BERSAMA:
  • Kelab Sukan VPM
  • Persatuan Bola Tampar Pulau Pinang 
  • Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang 
  • Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
  • Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang

3. OBJEKTIF:
  • Mempromosikan sukan bola tampar serta mengadakan aktiviti-aktiviti sihat untuk kalangan remaja.
  • Mencungkil bakat-bakat baru untuk sukan bola tampar.
  • Mengelolakan acara sukan yang dapat mengeratkan perhubungan baik antara kaum.

4. SASARAN KUMPULAN:
  • Karnival ini adalah terbuka kepada penduduk-penduduk seluruh Negeri Pulau Pinang dan di bahagikan kepada kategori 11 tahun kebawah dan 13 tahun kebawah dan 15 tahun kebawah (pasukan lelaki & perempuan).

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
  • TARIKH: 16 &17 dan 23 & 24 June 2012.
  • MASA     : 8.30 pagi – 7 malam
  • TEMPAT : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, P. Pinang.

6. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
  • Tarikh Tutup: 5hb Jun, 2012.
  • Yuran Penyertaan: RM50-00.
  • Semua borang penyertaan yang lengkap & yuran mesti di serah kepada:-
En. Looee Choong: H/P 012-4533044 atau Pn. Angelina Hoh: H/P:016-4703733
Fax:04-6460718.


7. PENGANGKUTAN AND MINUMAN:
Segala tambang pengangkutan dan minuman adalah tanggungan pasukan sendiri.


8. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:
  • JOHAN                                  :  1 Trofi Pasukan + 15 Pingat Individu
  • NAIB JOHAN                      :  1 Trofi Pasukan + 15 Pingat Individu
  • KETIGA                                 : 1 Trofi Pasukan + 15 Pingat Individu


9. SISTEM PERTANDINGAN:
  • Pertandingan akan dijalankan secara Liga atau Liga Kumpulan pada pusingan awal bergantung kepada bilangan pasukan yang mengambil bahagian.
  • Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

 10. UPACARA PENUTUPAN:
  • Upacara penutupan ringkas akan diadakan selepas perlawanan yang terakhir.
  • Semua anggota pasukan yang akan menerima hadiah (Johan, Naib Johan & Tempat Ke-Tiga) diwajib hadhir upacara ini.

12. PERTANYAAN:

Semua surat-menyurat dan pertanyaan boleh dirujuk kepada: 
En. Looee Choong: H/P 012-4533044 atau Pn. Angelina Hoh H/P 016-4703733



PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk-penduduk seluruh Negeri Pulau Pinang.
  2. Tinggi net untuk pertandingan 11 tkb ialah 2.10 meter, pertandingan 13 tkb lelaki ialah 2.25 meter; perempuan ialah 2.15 meter, pertandingan 15tkb lelaki ialah 2.35 meter; perempuan ialah 2.20 meter.
  3. Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
  4. Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 12 orang peserta.
  5. Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Hanya jersi pemain libera adalah berlainan warna. Nombor mesti jelas dicetak..
  6. Semua perlawanan akan di putus dengan “Best of 3 sets” (25 mata) dan  dalam set (ketiga) penetuan 15 mata sahaja akan di mainkan).
  7. Sistem pengiraan mata adalah saperti system pingpong.  Apabila terdapat mata seri 24:24 (set awal) atau 14:14 (set penetuan) pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata untuk memenangi set tersebut.
  8. Dalam setiap set, pasukan dibenarkan 2 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
  9. Setiap pasukan mesti ada 6 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
  10. Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.
  11. Dalam pengiraan kedudukan, pasukan yang menang akan diberi 2 mata, manakala pasukan yang kalah 1 mata dan pasukan yang memberi “Walk Over” tidak akan dapat sebarang mata.  Jika terdapat mata yang sama, maka kedudukan akan dikira berdasarkan kadar poin yang menang dan kalah.
  12. Pemain-pemain yang dipilihkan untuk mewakili pasukan Negeri Pulau Pinang dan tidak membuat sedemikian akan di kenakan tindakan discipline oleh Persatuan Bola Tampar Pulau Pinang.
  13. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan perlawanan akan di teruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan dibenarkan membuat bantahan. Pasukan mesti mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Pegelola secara bertulis dengan wang tunai RM100-00 sebagai wang cagaran.dalam tempoh 1 jam selepas perlawanan berkenaan.  Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Juri Rayuan. Jika bantahan/rayuan di terima wang cagaran akan di kembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya bantahan/rayuan tidak berjaya.  Keputusan dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
  14. Semua pemain pasukan yang memenangi hadiah (tempat satu hingga tiga) dalam pertandingan mesti hadir untuk menerima hadiah masing-masing. Sekira pasukan tidak hadir, tindakan disiplin akan di kenakan.
  15. Untuk peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR FIVB.

No comments:

Post a Comment