VPM-Rakan Muda Pertandingan Bola Tampar Jemputan Wanita 4v4



VPM - RAKAN MUDA

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
JEMPUTAN WANITA 4-SEBELAH 2015


TARIKH    :    1hb Februari, 2015 (Ahad)
MASA        :   Jam 8.00pagi - 2.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.



VPM - RAKAN MUDA

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
JEMPUTAN WANITA 4-SEBELAH 2015


TARIKH    :    1hb Februari, 2015 (Ahad)
MASA        :   Jam 8.00pagi - 2.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.


A total of 6 women teams had participated in the day invitation 4vs4 last sunday.
We would like to thanks JBSNPP and all the teams participated for the support to make this tournament successful!


HERE ARE THE RESULTS:
Congratulations to all the winners !!
Visit us for more tournaments in 2015!
"MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!"

Team T4

Team Arions
Team Wall-E-Bow
Team Arions n Team Drumstick



Team HA HA
Team UITM


More Photos
(Click Here)






PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 4 SEBELAH JEMPUTAN WANITA RAKAN MUDA.

1. OBJEKTIF:

1.1.          MEMPROMOSIKAN BOLA TAMPAR SEBAGAI SUKAN REKREASI DAN MENGGALAKKAN   ACKTIVITI BERSUKAN DI KALANGAN WANITA.
1.2.          MENINGKATKAN KESEDARAN SUKAN & KECERGASAN KEPADA SEMUA.

2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.       KELAB SUKAN VPM dengan kerjasama
2.2.       JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG.
           
3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.       Pertandingan ini adalah atas jemputan kepada pasukan bola tampar wanita sahaja.
3.2.       Bilangan pasukan yang mengambil bahagian dihadkan kepada 6 pasukan wanita yang terawal menerima jemputan penganjur.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.       TARIKH    :   Ahad,1hb Febuari,  2015
4.2.       MASA        :   JAM 8.00 pagi  HINGGA 4.00 ptg
4.3.       TEMPAT   :    KOMPELKS BELIA & SUKAN, BATU UBAN, PULAU PINANG.
                             
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.       Borang penyertaan boleh didapati daripada Kelab Sukan VPM, Bayan Baru, Pulau Pinang
5.2.       Yuran Penyertaan: RM30-00.
5.3.       Tarikh tutup: 15hb Januari, 2015 atau bilangan 6 pasukan telah di capai.
5.4.       Semua borang penyertaan dan yuran  mesti diserah kepada pihak penganjur secepat mungkin. (PIHAK PENGANJUR HANYA AKAN MENERIMA 6 PASUKAN YANG TERAWAL MEMBUAT PENDAFTARAN)
            
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:

       6.1.      JOHAN                                       :  Pingat individu + baucer
6.2.       NAIB JOHAN                             :  Pingat individu + baucer
6.3.       TEMPAT KETIGA BERSAMA    :  Pingat individu + baucer

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.       Sistem Pertandingan akan ditentukan dengan jumlah penyertaan.
7.2.       Pihak penganjur berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

 8. UPACARA PENUTUP:
8.1.1        Upacara penutup ringkas akan diadakan pada akhir pertandingan. Semua pasukan yang menang – tempat pertama hingga ketiga diwajib hadir dengan semua pemain nya untuk menerima hadiah masing-masing. Hadiah tidak akan di berikan kepada mana-mana pasukan yang tidak hadir dengan 4 orang pemain pada majlis penutupan ini.

9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.      Sila merujuk kepada Lampiran A


LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN


1      Pertandingan ini adalah atas jemputan Kelab Sukan VPM kepada pasukan bola tampar wanita sahaja. Permain kebangsaan yang pernah mewakili negara dalam BT Dewan & BT Pantai di larang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
2      Tinggi net untuk pertandingan ialah 2.24 meter.
3      Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
4      Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 5 orang peserta. Satu pemain hanya dibenarkan menwakili satu pasukan sahaja.
5      Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan.
6       Pertandingan akan dijalankan dengan “Best of 3 Sets (15 mata) sahaja untuk semua perlawanan. Pasukan hendak bertukar gelanggang apabila salah satu pasukan telah memperolehi 8 mata dalam set penentuan.
7      Sistem pengiraan mata adalah seperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 14:14 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
8      Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 2 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
9      Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
10   Pasukan yang lewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.
11   Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” tidak dikira sebagai satu pukulan. Pemain akan membuat servis mengikut giliran dan mengikut pusingan (rotation).
12   Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan diikuti dengan bantahan bertulis bersama wang cagaran RM100-00. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
13   Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola.


Disediakan Oleh:
JAWATAN KUASA PENGELOLA - PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 4 SEBELAH JEMPUTAN WANITA RAKAN MUDA.










No comments:

Post a Comment