PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (4-SEBELAH) 2013 VPM
VPM 4vs4 VOLLEYBALL TOURNAMENT 2013
TARIKH : 21hb April, 2013( Ahad)
MASA : JAM 8.00 pagi HINGGA 6.00 ptg
TEMPAT : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.
1. OBJEKTIF PERTANDINGAN:
1.1. MEMPROMOSIKAN BOLA TAMPAR PADANG
SEBAGAI SUKAN REKREASI.
1.2. MENGALAKAN AKTIVITI BERSUKAN UNTUK
KESIHATAN ORANG RAMAI.
2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1. KELAB SUKAN VPM dengan kerjasama
2.2. JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG.
3.
SASARAN KUMPULAN:
3.1. Pertandingan
ini adalah terbuka kepada pasukan-pasukan dari
negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.
3.2. Anggaran
bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 24 pasukan (12 pasukan lelaki
dan 12 pasukan wanita).
4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
PERTANDINGAN:
4.1. TARIKH : 21hb
April, 2013( Ahad)
4.2. MASA :
JAM 8.00 pagi HINGGA 6.00 ptg
4.3. TEMPAT
: Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau
Pinang.
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1. Borang penyertaan boleh didapati
daripada Setiausaha, Kelab Sukan VPM Bayan Baru, Pulau Pinang
5.2. Yuran Penyertaan: RM50-00.
5.3. Tarikh tutup: 10hb April 2013
5.4. Semua borang penyertaan dan yuran mesti diserah pada atau sebelum tarikh tutup
kepada:
En. LE Choong (Setiausaha
Kejohanan) H/P:012-4533044 Fax :04-6439216,
Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com
(PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PASUKAN YANG TERLEWAT)
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah
kemenangan adalah saperti berikut:
6.1. JOHAN : Baucar RM100-00 + Pingat
6.2. NAIB JOHAN : Baucar RM 75-00 +
Pingat
6.3. TEMPAT KETIGA BERSAMA : Baucar RM 50-00
+ Pingat
7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1. Sistem Pertandingan akan ditentukan
dengan jumlah penyertaan.
7.2. Pihak
penganjur berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan
pertandingan dijalankan dengan lancar.
8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1 Upacara
perasmian ringkas akan diadakan pada pemulaan pertandingan, semua pasukan di
wajib menyertai perasmian ini. Untuk upacara penutup, semua pasukan yang menang
– tempat pertama hingga ketigadi wajib hadir dengan semua pemain nya untuk
menerima hadiah masing-masing. Hadiah tidak akan di berikan kepada mana-mana
pasukan yang tidak hadir pada majlis penutupan ini.
9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1. Sila
merujuk kepada Lampiran A
LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
1.
Pertandingan ini adalah terbuka
kepada warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
2.
Tinggi net untuk pertandingan
lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
3.
Bola pertandingan yang
digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
4.
Setiap pasukan di kehendaki
mendaftar 5 orang peserta.
5.
Jersi yang seragam warna
diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
6.
Pertandingan akan dijalankan dengan 1 set (25
mata) sahaja untuk semua perlawanan kecuali di perinkat perlawanan akhir.
Pasukan hendak bertukar gelanggang apabila salah satu pasukan telah memperolehi
13 mata.
7.
Sistem pengiraan mata adalah seperti
sistem pingpong. Apabila terdapat mata
seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
8.
Dalam setiap perlawanan,
pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
9.
Setiap pasukan mesti ada 4
orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak
lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
10.
Pasukan yang terlewat
melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15
minit dari masa yang telah dijadualkan.
11.
Dalam perlawanan hanya maksima
3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” tidak
di kira sebagai satu pukulan. Pemain akan membuat servis mengikut giliran dan
mengikut pusingan (rotation).
12.
Pasukan yang ingin membuat
bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan
mengikut langkah-langkah bantahan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh
Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah
muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas
“playing fault”.
13. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini
akan diputuskan oleh pihak pengelola.
Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Bola
Tampar Padang (4-Sebelah) VPM 2013.
No comments:
Post a Comment