KARNIVAL SUKAN VETERAN 2014
BOLA TAMPAR (4-SEBELAH)
TARIKH : 12bh OKT 2014
MASA     : JAM 8.00 Pagi HINGGA 7.00Ptg
TEMPAT: Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.
*Schedule can be found below
 
 
*Schedule can be found below
1. NAME PERTANDINGAN:
KARNIVAL
SUKAN VETERAN 2014
(PERTANDINGAN
BOLA TAMPAR 4-SEBELAH).
2. PENGELOLA BERSAMA:
- JABATAN BELIA & SUKAN
     PULAU PINANG
 - KELAB SUKAN VPM
 
3. OBJEKTIF:
- Mempromosikan
     aktiviti-aktiviti sihat dan sukan di kalangan warga veteran.
 - Mengelolakan acara sukan yang
     dapat mengeratkan perhubungan baik antara kaum.
 - Meningkatkan kesedaran sukan
     bola tampar sebagai sukan rekreasi yang sesuai untuk orang ramai.
 
4. SASARAN KUMPULAN:
- Pertandingan ini adalah
     terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 30 tahun keatas (wanita )
     & 35 keatas (lelaki).
 - Anggaran bilangan pasukan yang
     mengambil bahagian ialah 20 pasukan (12 pasukan lelaki dan 8 pasukan
     wanita).
 
5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
PERTANDINGAN:
- TARIKH: Ahad 12HB OKTOBER, 2014
 - MASA: 8 PAGI – 7 PETANG
 - TEMPAT: KOMPLEK BELIA &
     SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG. 
 
6. PENDAFTARAN/PENTAYAAN  DAN TARIKH TUTUP:
- Borang penyertaan akan di
     edarkan kepada kelab-kelab sukan dan pasukan bola tampar di
     Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sektor swasta.
 - Yuran Penyertaan: RM30-00.
 - Semua borang penyertaan yang
     lengkap mesti di serah kepada:
 
Pn.
Angelina, H/P: 016-4703733 atau En. Khaw H/P: 016-4868902- atau
En.
Looee Choong H/P: 012-4533044.
Tarikh
Tutup: 5hb Oktober 2014.
7. PENGANGKUTAN AND PENGINAPAN:
Segala
tambang pengangkutan and kos penginapan adalah tanggungan pasukan sendiri.
8. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah
kemenangan  adalah saperti berikut:
- JOHAN                                 :  Wang Tunai RM150  + Pingat
 - NAIB JOHAN                      :  Wang Tunai RM100  + Pingat
 - KETIGA                                :  Wang Tunai RM 50    + Pingat
 
9. SISTEM PERTANDINGAN:
- Pertandingan akan dijalankan secara
     Liga ATAU Liga Kumpulan (1 SET:25 mata) pada pusingan awal dan “BEST OF 3
     SETS” (15 mata) pada perlawanan akhir.
 
- Pihak penganjur berhak
     mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan
     dijalankan dengan lancar.
 
10. UPACARA PENUTUPAN:
- Upacara penutupan akan diadakan
     selepas perlawanan akhir. Semua pemain pasukan yang berjaya memenangi
     tempat pertama, kedua & ketiga mesti hadir untuk menerima hadiah
     masing-masing. Hadiah dan wang tunai tidak akan diberi kepada pasukan yang
     tidak berada di upacara penutupan. 
 
PERATURAN
KARNIVAL
SUKAN VETERAN 2014
(PERTANDINGAN
BOLA TAMPAR 4-SEBELAH)
LAMPIRAN
A
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua
     penduduk-penduduk  Malaysia yang berusia 30 tahun ketas
     (Wanita) & 35 tahun keatas (Lelaki).
 
- Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.38
     meter; manakala untuk wanita ialah 2.20 meter.
 
- Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan
     oleh pihak penganjur.
 
- Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 5 orang
     peserta. Seorang pemain hanya boleh mewakili satu pasukan sahaja.
 
- Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap
     pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.
 
- Semua perlawanan pusingan awal akan di putus
     dengan satu set (25 mata). Hanya perlawanan akhir akan diputuskan dalam
     “Best of 3 sets” (15 mata). Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem
     “pingpong”.  Apabila terdapat mata
     seri 24: 24 (pusingan awal)  ATAU
     14:14 (perlawanan ahkir) pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2
     mata.
 
- Dalam setiap set, pasukan dibenarkan satu kali
     “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
 
- Hanya satu penggantian dibenarkan dalam satu set.
 
- Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta yang
     bertanding dalam gelanggang.  Mana
     pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
     Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over”
     kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
 
- Dalam pengiraan kedudukan, pasukan yang menang
     akan diberi mata, manakala pasukan yang kalah 1 mata dan pasukan yang memberi
     “Walk Over” tidak akan dapat sebarang mata.  Jikanterdapat mata yang sama, maka
     kedudukan akan dikira berdasarkan kadar poin yang menang dan kalah.
 
- Semua pasukan yang telah berjaya mendapat tempat  pertama, kedua & ketiga diwajib menghadiri
     upacara penutupan dengan sekurang- kurangnya 4 pemain. 
 
- Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa
     perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan perlawanan
     akan di teruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan dibenarkan membuat bantahan. Pasukan mesti
     mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Pegelola secara bertulis dengan
     wang  tunai RM50-00 sebagai wang
     cagaran.dalam tempoh 1/2 jam selepas perlawanan berkenaan.  Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan
     oleh Juri Rayuan. Jika bantahan/rayuan berjaya wang cagaran akan di
     kembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya bantahan/rayuan tidak
     berjaya.  Keputusan dibuat oleh Juri
     Rayuan adalah muktamad.
 
- Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan
     pertandingan akan di putuskan oleh pihak penganjur. 
 


No comments:
Post a Comment