VPM U-17 Volleyball Championship 2019


VPM U-17 Volleyball Championship 2019
Kejohanan Bola Tampar 17tkb VPM 2019

TARIKH    :    20hb & 21hb April, 2019
MASA        :   Jam 8.30pagi - 6.00petang.
TEMPAT   :    SMJK Chung Ling Butterworth, P.Pinang.









PERTANDINGAN BOLA TAMPAR VPM 17TKB.

1.     NAMA AKTIVITI
·       Pertandingan Bola Tampar VPM 17tkb 2019

2.     PENGELOLA BERSAMA
·      Kelab Sukan VPM
·      Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara
·      SMJK Chung Ling Butterworth

3.     OBJEKTIF
·      Untuk mempopularkan permainan bola tampar ke murid-murid sekolah menengah.
·      Mempromosikan aktiviti sihat melalui sukan di kalangan sekolah menengah khasnya murid-murid umur 17 Tahun ke bawah.
·      Menjana kesedaran dan penglibatan dalam permainan bola tampar.
·      Memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan bakat dan kemahiran selepas bertungkus-lumus menjalani latihan. 
·      Membina semangat pasukan dan kerjasama dalam pasukan.

4.     KUMPULAN SASARAN
·      Semua murid-murid sekolah menengah umur 17 Tahun dan ke bawah, Negeri Pulau Pinang dan luar negeri.

5.     BILANGAN PASUKAN
·      15 hingga 20 pasukan.

6.     TARIKH, MASA DAN TEMPAT
·      Tarikh  :  20-21hb. April 2019 (17tkb)
·      Masa   :   8.30pagi – 6.00petang
·      Tempat :   SMJK Chung Ling Butterworth, Pulau Pinang.

7.     CARA PELAKSANAAN AKTIVITI
·       Sistem pertandingan: Peringkat awal - liga kumpulan.
·      Pusingan kedua adalah secara kalah-mati.

8.     MAKANAN DAN MINUMAN
·      Makanan dan minuman adalah tanggungan pasukan masing-masing.

9.     ANUGERAH
·      Hadiah-hadiah pingat untuk Johan, Naib Johan dan Tempat Ke3 bersama setiap kategori.

10.  PENGANGKUTAN PESERTA
·      Pengangkutan pergi-balik tempat pertandingan adalah tanggungan peserta masing-masing.

11.  PERLINDUNGAN & KECEDERAAN
·      Semua perserta perlu di lindungi insuran kemalangan oleh pasukan masing masing dan pihak penganjur tidak bertanggung jawab atas sebarang kecederaan yang berlaku semasa pertandingan.

12.  PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP
·      Yuran pendaftaran sebanyak RM120.00 setiap pasukan.
·      Bayar kepada Bendahari, Kelab Sukan VPM.
·      Borang pendaftaran boleh didapati laman blog/fb Kelab Sukan VPM.
·      Semua borang yang lengkap mesti diserahkan kepada: Kelab Sukan VPM
·      Tarikh tutup: 05hb. April 2019



PERATURAN PERTANDINGAN
COMPETITION RULES

  1. Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan bola tampar dalam dan luar Negara.
The competition is opened to all local and overseas volleyball teams.

  1. Kelayakan Umur dikira pada 1hb. Januari 2019.
Age qualification is based on 1st January 2019.

3.           Bukti kelayakan umur mesti dikemukakan kepada Penganjur 1 jam sebelum permainan pertama setiap pasukan. Pasukan sekolah boleh sediakan satu senarai nama pemain, dengan No. Kad Pengenalan. Senarai ini mesti ditandatangani dan disahkan oleh Guru Besar dan Cop Rasmi sekolah.
Proof of age eligibility must be provided to the Organizers 1 hour before the start of the first game. School teams may prepare a list of players name and IC numbers. The list must be signed  by the Headmaster and with the Official School Cop.

4.     Tinggi net/Net Height:   
Bahagian/Group
17tkb
15tkb
13tkb
11tkb
Lelaki/Boys
2.43m
2.35m
2.28
2.10m
Perempuan/Girls
2.24m
2.20m
2.15
2.10m

  1. Bola pertandingan yang digunakan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
Types of tournament ball will be decided by the organizers.

  1. Setiap pasukan dibenar mendaftar 12 orang peserta termasuk Libero.
Each team is eligible to register 12 players inclusive of LIBERO.

7.     Semua pasukan bertanggungjawab memastikan tiap-tiap peserta dilindungi insurans pa seperti yang ditetapkan oleh Persuruhjaya Sukan.
All teams are responsible to ensure that each participant is covered with pa insurance as required by the Sports Commission. 

  1. Semua pemain mesti memakai jersi seragam warna.  Libero mesti  menggunakan jersi  warna lain yang ketara.
Nombor (bebas) mesti jelas dicetak di bahagian depan (tinggi 15cm) dan belakang (20cm).
All players must wear jerseys of uniform colour. Libero must wear distinctly different color jersy.
All jerseys must have numbers (any number) clearly printed in front (height 15cm) and back (height 20cm).

  1. Semua perlawanan akan diputuskan dalam  ‘3 set terbaik’ (25,25,15) mata.  Apabila terdapat mata seri 24:24 dalam set 1 dan 2 (14:14 set 3) pasukan mesti mendahului dengan 2 mata untuk memenangi perlawanan.
All games will be decided in the format of ‘best of 3’ (25,25,15) points. In case of deuce in 1st and 2nd set(24-24) and 3rd set (14-14), a team must lead by 2 points to win the set.

  1. Dalam setiap set, pasukan dibenarkan 2 kali “Time-Out”. (30 saat.)
Two ‘time-out’s of 30sec. is allowed in each set.
Tidak ada masa diberi untuk sessi pemanasan badan rasmi di gelanggang.
Setiap perlawanan akan mula sebaik sahaja perlawanan sebelumnya tamat.
There will be no official court warm-up session.
Each game will start immediately after the completion of the previous game. 
  1. Setiap pasukan mesti ada 6 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Sekiranya ada pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
Each team must have 6 players on court when the game starts. In case any team is incomplete, the opponent will be declared as winner by default.

  1. Pasukan yang gagal melaporkan diri tanpa sebab yang munasabah selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan, akan dikira memberi ‘Menang- tanpa- bertanding’ kepada pihak lawan.
Any team which fails to report 10 minutes after the scheduled time without valid reasons will be considered as given a ‘walk-over’ to the opponent.

  1. Sistem dan fomat pertandingan akan diputuskan oleh penganjur berdasarkan bilangan pasukan yang  mengambil bahagian dan keputusan ini adalah muktamad.
The system and competition format will be decided by the organizers depending on the number of teams and this decision is final.

14.  Dalam pengiraan kedudukan, pasukan yang menang akan diberi 2 mata,  pasukan yang kalah 1 mata dan pasukan yang  memberi “Walk Over” akan dapat  0 mata.

-  Jika terdapat mata yang sama, maka kedudukan akan ditentukan berdasarkan
nisbah jumlah poin menang/ kalah.(Semua perlawanan kumpulan)
-  Jika masih ada persamaan, nisbah jumlah set menang/ kalah. (Semua perlawanan kumpulan)
-  Jika masih ada persamaan, nisbah jumlah set menang/kalah antara pasukan terlibat.
-  Jika masih ada persamaan, keputusan perlawanan diantara dua pasukan akan diambil kira.
For classification: Winning team 2 points, Losing team 1 point, Walk-over or technical disqualification 0 point.
In case two teams tied with same points, classification will be based on:
- ratio of total points win/lose (All group matches)
- ratio of total sets win/lose (All group matches).
- ratio of total sets win/lose between teams involved.
- result of the match between the two teams involved.

15.  Cabutan undi Pusingan Kedua akan diadakan sebaik sahaja tamat perlawanan kumpulan.
Untuk mengetahui masanya, sila merujuk jadual pertandingan.
Proses cabutan akan dijalankan apabila 50% pasukan yang terlibat hadir. Sebarang bantahan selepas itu akan ditolak.
The drawing of lots for the second round will commence immediately after the completion of the group matches. For time of draw please refer to games schedule.
The draw will be carried out when 50% of teams involved are present.  Any protest after that will be rejected.

  1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan perlawanan akan di teruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan dibenarkan membuat bantahan.
Pasukan mesti mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Pegelola secara bertulis dengan wang tunai RM300-00 sebagai wang cagaran dalam tempoh 1/2 jam selepas perlawanan berkenaan. 
Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Juri Rayuan. Keputusan Juri Rayuan Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.
Wang cagaran bantahan/rayuan akan dikembalikan, jika bantahan/rayuan berjaya. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan/rayuan tidak berjaya. 
Any team intending to make a protest must inform the first referee on duty verbally and proceed with the game ‘under protest. Only the Team Captain is allowed to make the protest.
The team must submit the written protest within half (1/2)hour after completion of the game with a protest fee of RM300.00 to the Organizing Chairman.
The protest will be presented to the Appeals Jury for deliberation. The decision of the Appeals Jury is final and binding.
The protest fee will be refunded if the protest is successful, otherwise it will be forfeited.

  1. Semua pasukan yang menang hadiah (Johan, N-johan dan Ke-3 Bersama) dalam pertandingan mesti hadir dengan sekurang-kurangnya  6 pemain untuk menerima hadiah masing-masing. Hadiah tidak akan diberi sekiranya pasukan tidak hadir majlis penutup.
All winning teams (Champion, Runners-up and Joint 3rd) must be present with at least 6 players to receive their prizes. Prizes will be forfeited if the team is absent for the closing ceremony.

18.  Penganjur berhak membuat sebarang pindaan dalam pelaksanaan pertandingan,  jika perlu, bagi melancarkan kejohanan dan keputusan tersebut adalah muktamad.
The organizers deserve the right to make any changes as when required for the smooth running of the competition. The decision is final.

  1. Selain daripada peraturan pertandingan yang dinyatakan di atas, semua keputusan akan dibuat berdasarkan PERATURAN BOLA TAMPAR FIVB yang terkini.
Other than the stated competition rules above, all decisions will be made as per latest FIVB Rules.












Over the weekend, VPM successfully organized the VPM U17 volleyball championship 2019. We wish to inform that a total of 24 teams have registered to participate in this year's VPM Under 17 Volleyball Championship. The 2 days tournament held at SMJK Chung Ling Butterworth, Penang.

RESULTS:
Boys Champion: SMJK Tanah Putih
Runner-up: KINVA
Joint 3rd: CMVC, SMK Berapit.

Girls Champion: SK Seri Penanti
Runner-up: SMJK Tanah Putih
Joint 3rd: SMJK Keat Hwa Alor Star, and CMVC Teluk Intan.












No comments:

Post a Comment