KARNIVAL SUKAN VETERAN 2014
BOLA TAMPAR (4-SEBELAH)
TARIKH : 12bh OKT 2014
MASA : JAM 8.00 Pagi HINGGA 7.00Ptg
TEMPAT: Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.
*Schedule can be found below
*Schedule can be found below
1. NAME PERTANDINGAN:
KARNIVAL
SUKAN VETERAN 2014
(PERTANDINGAN
BOLA TAMPAR 4-SEBELAH).
2. PENGELOLA BERSAMA:
- JABATAN BELIA & SUKAN
PULAU PINANG
- KELAB SUKAN VPM
3. OBJEKTIF:
- Mempromosikan
aktiviti-aktiviti sihat dan sukan di kalangan warga veteran.
- Mengelolakan acara sukan yang
dapat mengeratkan perhubungan baik antara kaum.
- Meningkatkan kesedaran sukan
bola tampar sebagai sukan rekreasi yang sesuai untuk orang ramai.
4. SASARAN KUMPULAN:
- Pertandingan ini adalah
terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 30 tahun keatas (wanita )
& 35 keatas (lelaki).
- Anggaran bilangan pasukan yang
mengambil bahagian ialah 20 pasukan (12 pasukan lelaki dan 8 pasukan
wanita).
5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
PERTANDINGAN:
- TARIKH: Ahad 12HB OKTOBER, 2014
- MASA: 8 PAGI – 7 PETANG
- TEMPAT: KOMPLEK BELIA &
SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG.
6. PENDAFTARAN/PENTAYAAN DAN TARIKH TUTUP:
- Borang penyertaan akan di
edarkan kepada kelab-kelab sukan dan pasukan bola tampar di
Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sektor swasta.
- Yuran Penyertaan: RM30-00.
- Semua borang penyertaan yang
lengkap mesti di serah kepada:
Pn.
Angelina, H/P: 016-4703733 atau En. Khaw H/P: 016-4868902- atau
En.
Looee Choong H/P: 012-4533044.
Tarikh
Tutup: 5hb Oktober 2014.
7. PENGANGKUTAN AND PENGINAPAN:
Segala
tambang pengangkutan and kos penginapan adalah tanggungan pasukan sendiri.
8. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah
kemenangan adalah saperti berikut:
- JOHAN : Wang Tunai RM150 + Pingat
- NAIB JOHAN : Wang Tunai RM100 + Pingat
- KETIGA : Wang Tunai RM 50 + Pingat
9. SISTEM PERTANDINGAN:
- Pertandingan akan dijalankan secara
Liga ATAU Liga Kumpulan (1 SET:25 mata) pada pusingan awal dan “BEST OF 3
SETS” (15 mata) pada perlawanan akhir.
- Pihak penganjur berhak
mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan
dijalankan dengan lancar.
10. UPACARA PENUTUPAN:
- Upacara penutupan akan diadakan
selepas perlawanan akhir. Semua pemain pasukan yang berjaya memenangi
tempat pertama, kedua & ketiga mesti hadir untuk menerima hadiah
masing-masing. Hadiah dan wang tunai tidak akan diberi kepada pasukan yang
tidak berada di upacara penutupan.
PERATURAN
KARNIVAL
SUKAN VETERAN 2014
(PERTANDINGAN
BOLA TAMPAR 4-SEBELAH)
LAMPIRAN
A
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua
penduduk-penduduk Malaysia yang berusia 30 tahun ketas
(Wanita) & 35 tahun keatas (Lelaki).
- Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.38
meter; manakala untuk wanita ialah 2.20 meter.
- Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan
oleh pihak penganjur.
- Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 5 orang
peserta. Seorang pemain hanya boleh mewakili satu pasukan sahaja.
- Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap
pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.
- Semua perlawanan pusingan awal akan di putus
dengan satu set (25 mata). Hanya perlawanan akhir akan diputuskan dalam
“Best of 3 sets” (15 mata). Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem
“pingpong”. Apabila terdapat mata
seri 24: 24 (pusingan awal) ATAU
14:14 (perlawanan ahkir) pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2
mata.
- Dalam setiap set, pasukan dibenarkan satu kali
“Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
- Hanya satu penggantian dibenarkan dalam satu set.
- Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta yang
bertanding dalam gelanggang. Mana
pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over”
kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
- Dalam pengiraan kedudukan, pasukan yang menang
akan diberi mata, manakala pasukan yang kalah 1 mata dan pasukan yang memberi
“Walk Over” tidak akan dapat sebarang mata. Jikanterdapat mata yang sama, maka
kedudukan akan dikira berdasarkan kadar poin yang menang dan kalah.
- Semua pasukan yang telah berjaya mendapat tempat pertama, kedua & ketiga diwajib menghadiri
upacara penutupan dengan sekurang- kurangnya 4 pemain.
- Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa
perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan perlawanan
akan di teruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan dibenarkan membuat bantahan. Pasukan mesti
mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Pegelola secara bertulis dengan
wang tunai RM50-00 sebagai wang
cagaran.dalam tempoh 1/2 jam selepas perlawanan berkenaan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan
oleh Juri Rayuan. Jika bantahan/rayuan berjaya wang cagaran akan di
kembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya bantahan/rayuan tidak
berjaya. Keputusan dibuat oleh Juri
Rayuan adalah muktamad.
- Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan
pertandingan akan di putuskan oleh pihak penganjur.