Saturday, 22 September 2018

Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah (Hari Sukan Negara 2018)


HARI SUKAN NEGARA 2018
BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH

TARIKH    :    13hb October, 2018
MASA        :   Jam 8.00pagi - 4.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.






1. NAMA  PERTANDINGAN:
1.1. PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2018

2. PENGELOLA  BERSAMA:
2.1. Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang
2.3 Kelab Sukan VPM.

3. OBJEKTIF PERTANDINGAN
3.1 Mempromosikan bola tampar pantai sebagai sukan rekreasi dan mengalakkan aktiviti berpasukan untuk semua.
3.2 Mengalakkan orang ramai melibatkan diri dalam kegiatan sihat dan memanfaatkan.
3.3 Menjanakan sikap dan semangat kesukanan di kalangan orang ramai.

4.  SASARAN KUMPULAN:
4.1. Pertandingan ini  dibuka kepada pemain bola tampar pantai. Pengambilan bilangan pasukan adalah 24 pasukan (12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita).

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
5.1. TARIKH    :    13hb. Oktober, 2018 (Sabtu)
5.2. MASA        :   Jam 8.00pagi - 4.00petang.
5.3. TEMPAT   :    Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban,
Pulau Pinang.    
                   
6. PENDAFTARAN  DAN TARIKH TUTUP:
6.1. Borang penyertaan boleh didapati dari facebook: volleyball pillar management
6.2. Yuran Penyertaan: RM30-00.
6.3. Tarikh tutup:  7hb. Oktober 2018.
6.4. Semua borang penyertaan dengan resit bank mesti diemel / watsapp kepada Looee Choong (012 4533 044) sebelum tarikh tutup. Pendaftaran LEWAT akan ditolak.

7. HADIAH PEMENANG:
Hadiah-hadiah pemenang  adalah seperti  berikut:
       JOHAN             :  Wang Tunai RM250.00  
NAIB JOHAN        :  Wang Tunai RM150.00
KETIGA BERSAMA :  Wang Tunai RM50.00

8. SISTEM PERTANDINGAN:
8.1. Sistem Pertandingan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
8.2. Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

9. UPACARA  PERASMIAN/PENUTUP:
9.1 Upacara penutup akan diadakan selepas perlawanan akhir.
9.2 Semua pasukan yang berjaya  DIWAJIB hadir dengan semua pemain.



LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH
SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2018
  1.  Pertandingan ini dibuka kepada pemain bola tampar pantai yang menetap di Malaysia.

  1. Ketinggian  net: Lelaki -  2.43 meter; Wanita -  2.24 meter.

  1. Bola pertandingan yang digunakan akan ditentukan oleh pihak  penganjur.

  1. Setiap pasukan dikehendaki  mendaftar 3 orang peserta.

  1. Jersi  seragam  warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor  mesti jelas dicetak.

  1. Pertandingan akan dijalankan  dalam perlawanan 1 set (25 mata) sahaja.

  1. Sistem  pengiraan mata  adalah seperti system  pingpong.  Apabila terdapat  mata seri 24:24 pasukan mesti  mendahului dengan 2 mata untuk menang. Mata maximum adalah 30 mata.

  1. Dalam  setiap perlawanan, pasukan  dibenarkan 1 kali “Time-Out”.  Setiap “Time Out” adalah 30 saat.

  1. Setiap  pasukan mesti  ada 3 orang peserta  yang bertanding dalam  gelanggang.  Mana-mana pasukan  yang tidak lengkap, kemenangan  akan diberi kepada pihak lawan.

  1. Pasukan  yang lewat  melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas  10 minit dari masa yang telah dijadualkan.

  1. Dalam permainan hanya  3 sentuhan dibenarkan untuk menghantar  bola ke gelanggang pihak awan dan “blocking” dikira sebagai satu pukulan.

  1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti  memberitahu pengadil bertugas secara lisan. Diikuti dengan surat  dan yuran bantahan RM100.00 dalam masa 30 minit selepas perlawanan.

  1. Bantahan/rayuan akan  dipertimbangkan oleh Delegasi  Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat  oleh Delegasi adalah muktamad. Pemain tidak  dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil  atas “playing fault”.

  1. Peraturan  yang tidak dinyatakan  dalam peraturan pertandingan  ini akan diputuskan oleh pihak  Penganjur berdasarkan PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.

No comments:

Post a Comment