KARNIVAL
SUKAN VETERAN 2013
PERTANDINGAN
BOLA TAMPAR
TARIKH : AHAD 19HB MEI, 2013
MASA : 8 PAGI – 6 PETANG
TEMPAT : KOMPLEK BELIA & SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG.
1.
NAME PERTANDINGAN:
KARNIVAL
SUKAN VETERAN 2013 (PERTANDINGAN BOLA TAMPAR)
2.
PENGELOLA BERSAMA:
·
JABATAN BELIA & SUKAN
PULAU PINANG
·
KELAB SUKAN VPM
3.
OBJEKTIF:
·
Mempromosikan
aktiviti-aktiviti sihat dan sukan di kalangan warga veteran.
·
Mengelolahkan acara sukan
yang dapat mengeratkan perhubungan baik antara kuam.
·
Meningkatkan kesedaran sukan
bola tampar sebagai sukan rekreasi yang sesuai untuk orang ramai.
4.
SASARAN KUMPULAN:
·
Pertandingan ini adalah
terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 35 keatas.
·
Anggaran bilangan pasukan
yang mengambil bahagian ialah 10 pasukan (6 pasukan lelaki dan 4 pasukan
wanita).
5.
TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
·
TARIKH: AHAD 19HB MEI, 2013
·
MASA: 8 PAGI – 6 PETANG
TEMPAT:
KOMPLEK BELIA & SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG.
6.
PENDAFTARAN/PENTAYAAN DAN TARIKH TUTUP:
·
Borang penyertaan akan di
edarkan kepada kelab-kelab sukan dan pasukan bola tampar di Jabatan-Jabatan
Kerajaan dan sektor swasta.
·
Yuran Penyertaan: RM50-00.
·
Semua borang penyertaan yang
terisi mesti di serah kepada:
Pn.
Angelina Hoh, H/P : 016-4703733 atau En. LE Choong H/P:012-4533044 atau Fax
:04-6439216. Alamat: No. 1, Lorong Mahsuri 7, Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang
atau
Tarikh Tutup: 10
Mei, 2013.
7.
HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah
kemenangan adalah saperti berikut:
·
JOHAN : Wang Tunai RM200-00 + 12 Pingat
·
NAIB JOHAN : Wang Tunai
RM100-00 + 12 Pingat
8.
SISTEM PERTANDINGAN:
·
Pertandingan akan dijalankan
secara Liga ATAU Liga Kumpulan (1 SET) pada pusingan awal dan “BEST OF 3 SETS”
pada peringkat akhir.
·
Pihak penganjur berhak
mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan
dengan lancar.
9.
UPACARA PENUTUPAN:
·
Upacara penutupan akan
diadakan selepas perlawanan yang terakhir. Semua pemain pasukan yang berjaya
memenangi tempat pertama dan kedua mesti hadhir untuk menerima hadiah
masing-masing. Hadiah dan wang tunai tidak akan diberi kepada pasukan yang
tidak berada di upacara penutupan.
PERATURAN
KARNIVAL
SUKAN VETERAN 2013
(PERTANDINGAN
BOLA TAMPAR)
LAMPIRAN
A
1.
Pertandingan ini adalah
terbuka kepada semua penduduk-penduduk
Malaysia yang berusia 35 tahun keatas.
2.
Tinggi net untuk pertandingan
lelaki ialah 2.38 meter; manakala untuk wanita ialah 2.20 meter.
3.
Bola pertandingan yang
digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
4.
Setiap pasukan di kehendaki
mendaftar 12 orang peserta. Seorang pemain hanya boleh menyertai satu pasukan
sahaja.
5.
Jersi yang seragam warna
diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.
6.
Semua perlawanan pusingan
awal akan di putus dengan satu set (31 mata). Hanya perlawanan akhir akan
diputuskan dalam “Best of 3 sets”. Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem
“pingpong”. Apabila terdapat mata seri
30: 30 (pusingan awal), 24:24 ATAU 14:14
(set penetuan) pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
7.
Dalam setiap set, pasukan
dibenarkan 2 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
8.
Setiap pasukan mesti ada 6
orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.
Mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak
lawan. Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over”
kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.
9. Dalam
pengiraan tempat, kedudukan pasukan akan dikira berdasarkan kadar poin yang
menang
dan kalah.
10. Semua
pasukan yang telah melayakan diri ke peringkat akhir mesti menghadiri upacara penutupan
dengan sekurang- kurangnya 8 pemain.
11.Pasukan
yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil
bertugas
secara lisan dan perlawanan akan di teruskan
“DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan
dibenarkan membuat bantahan. Pasukan
mesti mengemukakan bantahan kepada Pengerusi
Pegelola secara bertulis dengan wang tunai RM50-00 sebagai wang cagaran.dalam
tempoh 1/2 jam
selepas perlawanan berkenaan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh
Juri Rayuan. Jika
bantahan/rayuan di terima wang cagaran
akan di kembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya
bantahan/rayuan tidak berjaya. Keputusan dibuat oleh Juri Rayuan adalah
muktamad.
12.Peraturan
yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas
PERATURAN
BOLA TAMPAR FIVB.