Saturday, 31 August 2013

3rd Penang Veteran Volleyball Championship - Piala Dato' Koay Kar Huah 2013

KEJOHANAN BOLA TAMPAR VETERAN PULAU PINANG KE-3 
(PIALA DATO' KOAY KAR HUAH 2013)

TARIKH  : 22, 23 & 24 November 2013.
MASA     : 8.00 pagi – 10 malam
TEMPAT : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, P. Pinang.


Kategori: Lelaki (berumur 35 tahun keatas) & Wanita (berumur 30 tahun keatas)
* Untuk pemain yang pernah mewakili Negara had umur ialah 40 tahun keatas untuk lelaki, dan 35 tahun keatas untuk wanita.


PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:

Muat Turun Borang Penyertaan (Entry Form Download)

Tarikh Tutup: 1hb November, 2013.
Yuran Penyertaan: RM 150-00.
Semua borang penyertaan yang lengkap & yuran mesti di serah kepada:-
En. Looee Choong (setiausaha pertandingan): H/P 012-4533044
Fax:04-6439216. Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com


Keterangan Penuh dan Peraturan (Full rules and regulation)



Friday, 16 August 2013

KARNIVAL BOLA TAMPAR REMAJA PULAU PINANG 2013



KARNIVAL BOLA TAMPAR REMAJA PULAU PINANG 2013
  • TARIKH: 12 & 13 dan 19 & 20 Okt 2013.
  • MASA     : 8.30 pagi – 6 petang
  • TEMPAT : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, P. Pinang.

  • Kategori: Bawah-11, Bawah-13, Bawah-15

PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:


  • Tarikh Tutup: 1hb Okt, 2013.
  • Yuran Penyertaan: RM50-00. 
  • Semua borang penyertaan yang lengkap & yuran mesti di serah kepada:-
En. Looee Choong (setiausaha pertandingan): H/P 012-4533044
Fax:04-6439216. Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com


Keterangan Penuh (Klik di sini)

Saturday, 22 June 2013

RESULTS And PHOTOS - 3rd Ho Chee Meng Veteran Championship 2013


PHOTOS

WELCOMING DINNER AND OPENING CEREMONY
(Photos by Eric Lai, Imacolor Digital Imaging Centre)


(Photos by Eric Lai, Imacolor Digital Imaging Centre)

(Photos by Eric Lai, Imacolor Digital Imaging Centre)

(Photos by Eric Lai, Imacolor Digital Imaging Centre)

(By Gregory Emmanuel)




RESULTS





Tuesday, 23 April 2013

KARNIVAL SUKAN BOLA TAMPAR VETERAN 2013


KARNIVAL SUKAN VETERAN 2013
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

TARIKH   : AHAD 19HB MEI, 2013
MASA      : 8 PAGI – 6 PETANG
TEMPAT : KOMPLEK BELIA & SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG.




1. NAME PERTANDINGAN:
KARNIVAL SUKAN VETERAN 2013 (PERTANDINGAN BOLA TAMPAR)

2. PENGELOLA BERSAMA:
·         JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG
·         KELAB SUKAN VPM

3. OBJEKTIF:
·         Mempromosikan aktiviti-aktiviti sihat dan sukan di kalangan warga veteran.
·         Mengelolahkan acara sukan yang dapat mengeratkan perhubungan baik antara kuam.
·         Meningkatkan kesedaran sukan bola tampar sebagai sukan rekreasi yang sesuai untuk orang ramai.

4. SASARAN KUMPULAN:
·         Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 35 keatas.
·         Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 10 pasukan (6 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita).

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
·         TARIKH: AHAD 19HB MEI, 2013
·         MASA: 8 PAGI – 6 PETANG
TEMPAT: KOMPLEK BELIA & SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG.

6. PENDAFTARAN/PENTAYAAN  DAN TARIKH TUTUP:
·         Borang penyertaan akan di edarkan kepada kelab-kelab sukan dan pasukan bola tampar di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sektor swasta.
·         Yuran Penyertaan: RM50-00.
·         Semua borang penyertaan yang terisi mesti di serah kepada:
Pn. Angelina Hoh, H/P : 016-4703733 atau En. LE Choong H/P:012-4533044 atau Fax :04-6439216. Alamat: No. 1, Lorong Mahsuri 7, Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang atau
 Tarikh Tutup: 10 Mei, 2013.

7. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:

·         JOHAN                                                 :  Wang Tunai RM200-00  + 12 Pingat
·         NAIB JOHAN                                      :  Wang Tunai RM100-00  + 12 Pingat

8. SISTEM PERTANDINGAN:
·         Pertandingan akan dijalankan secara Liga ATAU Liga Kumpulan (1 SET) pada pusingan awal dan “BEST OF 3 SETS” pada peringkat  akhir.
·         Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

9. UPACARA PENUTUPAN:
·         Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan yang terakhir. Semua pemain pasukan yang berjaya memenangi tempat pertama dan kedua mesti hadhir untuk menerima hadiah masing-masing. Hadiah dan wang tunai tidak akan diberi kepada pasukan yang tidak berada di upacara penutupan.





 PERATURAN
KARNIVAL SUKAN VETERAN 2013
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR)
LAMPIRAN A

1.       Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk-penduduk  Malaysia yang berusia 35 tahun keatas.

2.       Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.38 meter; manakala untuk wanita ialah 2.20 meter.

3.       Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.

4.       Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 12 orang peserta. Seorang pemain hanya boleh menyertai satu pasukan sahaja.

5.       Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.

6.       Semua perlawanan pusingan awal akan di putus dengan satu set (31 mata). Hanya perlawanan akhir akan diputuskan dalam “Best of 3 sets”. Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem “pingpong”.  Apabila terdapat mata seri 30: 30 (pusingan awal), 24:24  ATAU 14:14 (set penetuan) pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.

7.       Dalam setiap set, pasukan dibenarkan 2 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.

8.       Setiap pasukan mesti ada 6 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan. Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.

 9.   Dalam pengiraan tempat, kedudukan pasukan akan dikira berdasarkan kadar poin yang menang
        dan kalah.

10. Semua pasukan yang telah melayakan diri ke peringkat akhir mesti  menghadiri upacara penutupan
       dengan sekurang- kurangnya 8 pemain.

11.Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas
      secara lisan dan perlawanan akan di teruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan
      dibenarkan membuat bantahan. Pasukan mesti mengemukakan bantahan kepada Pengerusi
      Pegelola secara bertulis dengan wang  tunai RM50-00 sebagai wang cagaran.dalam tempoh 1/2 jam
      selepas perlawanan berkenaan.  Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Juri Rayuan. Jika
      bantahan/rayuan di terima wang cagaran akan di kembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya
      bantahan/rayuan tidak berjaya.  Keputusan dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

12.Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas 
      PERATURAN BOLA TAMPAR FIVB.

Monday, 22 April 2013

Friday, 19 April 2013

Participating Teams and Schedule - VPM 4vs4 Volleyball Tournament 2013



PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (4-SEBELAH) 2013 VPM
VPM 4vs4 VOLLEYBALL TOURNAMENT 2013  


TARIKH    :   21hb April, 2013( Ahad)
MASA        :   JAM 8.00 pagi  HINGGA 6.00 ptg
TEMPAT   :   Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.


Participating Teams Grouping


 Games Schedule

Full Details (Link)