Saturday, 1 July 2017

4th Merdeka 4V4 Volleyball Carnival 2017 (Piala Tan Sri Dato Paduka Dr. Fng Ah Seng)

Karnival Bola Tampar Merdeka kali ke-4 2017
(Pertandingan Bola Tampar 4-sebelah)


TARIKH    :    26hb - 27hb Ogos, 2017
MASA        :   Jam 8.00pagi - 7.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.




1. OBJEKTIF:

1.1.             MEMPROMOSIKAN BOLA TAMPAR SEBAGAI SUKAN REKREASI DAN

     MENGGALAKAN AKTIVITI BERSUKAN UNTUK SEMUA.

1.2.              MERAIKAN HARI KEBANGSAAN 2017.

1.3.              MENINGKATKAN KESEDARAN SUKAN & KECERGASAN KEPADA SEMUA.
2. PENGELOLA:
2.1.             PENAJA UTAMA: YAYASAN MUHIBAH TAN SRI FNG AH SENG   
2.2.             KELAB SUKAN VPM DAN JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG.               
3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.         Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan bola tampar di Malaysia.
3.2.         Bilangan pasukan yang bertandng adalah terhad kepada 40 pasukan (20 pasukan lelaki
dan 20 pasukan wanita).
4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.         TARIKH    :    26hb dan 27hb Ogos 2017
4.2.         MASA        :   JAM 8.00 pagi -7.00 ptg
4.3.         TEMPAT   :    KOMPELKS BELIA & SUKAN, BATU UBAN, PULAU PINANG.                              
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.         Borang penyertaan boleh didapati daripada Kelab Sukan VPM, Bayan Baru,
               Pulau Pinang atau facebook: volleyball pillar management.
5.2.         Yuran Penyertaan: RM50-00. Tarikh tutup: 6hb Ogos, 2017
5.4.         Semua borang penyertaan dan yuran  mesti diserahkan kepada pihak penganjur sebelum
               tarikh tutup. (Penyerahan Pendaftaran Lewat Akan DITOLAK).
            
6. HADIAH :
Hadiah-hadiah pemenang  adalah seperti berikut:
6.1.          JOHAN                                                :  RM 1,000-00 + Pingat
6.2.         NAIB JOHAN                                     :    RM 500-00 + Pingat
6.3.         TEMPAT KETIGA BERSAMA          :     RM 250-00 +  Pingat

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.         Sistem Pertandingan akan ditentukan dengan jumlah penyertaan.
7.2.         Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan
pertandingan dijalankan dengan lancar.
 8. UPACARA PEMBUKAAN & PENUTUP:
8.1.1          Satu majlis pembukaan akan di adakan dan semua pasukan yang mengambil bahagian
                  diwajib hadhir dengan semua pemain.

8.1.2          Majlis penutup ringkas akan diadakan selepas pertandingan akhir. Semua pasukan yang
menang  tempat pertama hingga ketiga diwajib hadir dengan semua pemain untuk  
    menerima hadiah masing-masing. Hadiah tidak akan diberi kepada mana-mana pasukan    
   yang tidak hadir dalam majlis tersebut.
9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.      Sila merujuk kepada Lampiran A

LAMPIRAN A - PERATURAN PERTANDINGAN
1.      Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan bola tampar.
2.      Ketinggian net:  Lelaki 2.43 meter;     Wanita   2.24 meter.
3.      Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
4.      Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 5 orang (Seorang Ketua Pasukan, tiga orang pemain dan
         seorang simpanan). Tidak ada Pengurus dan Jurulatih. Hanya dua orang pemain kebangsaan
         dibenarkan. (Sila rujuk catatan tambahan di bawah).

5.      Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak di bahagian
        depan dan belakang.

6.       Pertandingan akan dijalankan dengan 1 set (25 mata) sahaja untuk semua perlawanan. Pertukaran
          gelanggang dilakukan apabila salah satu pasukan memperolehi 13 mata.

7.      Sistem pengiraan mata adalah (rally point) seperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri
        24:24, sesuatu pasukan mesti mendahului dengan 2 mata untuk menang.

8.      Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
9.      Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Kemenangan akan
         diberi kepada pihak lawan jika terdapat mana-mana pasukan yang tidak lengkap.

10.  Pasukan yang lewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan  selepas
      15 minit dari masa yang telah dijadualkan.

11.  Dalam perlawanan, menghadang (blocking) tidak di kira sebagai satu pukulan. Semua pemain mesti
      mengikut giliran membuat servis seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pasukan sebelum perlawanan
      bermula. Posisi pemain dalam gelanggang adalah bebas.

12.  Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas
      secara lisan dan diikuti dengan bantahan bertulis bersama wang cagaran RM300-00 dalam setengah
      jam lepas permainan tamat. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi
      teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah muktamad. Wang cagaran akan
      luput sekiranya bantahan tidak berjaya. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan
      pengadil atas “playing fault”.

13.  Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak
      pengelola.

Catatan: Pemain Kebangsaan – telah mewakili Malaysia dalam SEA Games dan Asean University Games dalam Bola Tampar Dewan atau Pantai, dari tahun 2013 sehingga 2017. Sekiranya ada sebarang keraguan, sila menghubungi kami untuk mendapat penjelasan selanjutnya.
Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Pengelola Karnival Bola Tampar 4-Sebelah Merdeka Kali Ke-4.

No comments:

Post a Comment