TEMPAT : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.
HARI SUKAN NEGARA 2016 – BOLA TAMPAR PANTAI
3-SEBELAH
1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1. PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH SEMPENA HARI
SUKAN NEGARA 2016
2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1. Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang
2.3 Kelab Sukan VPM.
3. OBJEKTIF PERTANDINGAN
3.1 Mempromosikan
bola tampar pantai sebagai sukan rekreasi dan mengalakkan aktiviti berpasukan
untuk semua.
3.2 Mengalakkan
orang ramai melibatkan diri dalam kegiatan sihat dan memanfaatkan.
3.3 Menjanakan
sikap dan semangat kesukanan di kalangan orang ramai.
4. SASARAN KUMPULAN:
4.1. Pertandingan ini
dibuka kepada pemain bola tampar pantai.
Pengambilan bilangan pasukan adalah 24 pasukan (12 pasukan lelaki dan 12
pasukan wanita).
5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
PERTANDINGAN:
5.1. TARIKH : 08hb. Oktober,
2016 (Sabtu)
5.2. MASA :
Jam 8.00pagi - 4.00petang.
5.3. TEMPAT : Gelanggang Bola
Tampar Pantai, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban,
Pulau Pinang.
6. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
6.1. Borang penyertaan
boleh didapati dari facebook: volleyball pillar management
6.2. Yuran Penyertaan: RM30-00.
6.3. Tarikh tutup: 20hb.
September 2016.
6.4. Semua borang penyertaan
dengan resit bank mesti diemel / watsapp kepada Looee Choong (012 4533 044) sebelum
tarikh tutup. Pendaftaran LEWAT akan ditolak.
7. HADIAH PEMENANG:
Hadiah-hadiah pemenang
adalah seperti berikut:
JOHAN
: Wang Tunai
RM400.00
NAIB JOHAN
:
Wang Tunai RM200.00
KETIGA BERSAMA :
Wang Tunai RM100.00
8. SISTEM PERTANDINGAN:
8.1. Sistem Pertandingan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
8.2. Pihak penganjur
berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan
dengan lancar.
9. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
9.1 Upacara
penutup akan diadakan selepas perlawanan akhir.
9.2 Semua pasukan
yang berjaya DIWAJIB hadir dengan semua pemain.
LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH
SEMPENA HARI SUKAN NEGARA
2016
1. Pertandingan ini dibuka kepada pemain
bola tampar pantai yang menetap di Malaysia.
2.
Ketinggian net:
Lelaki - 2.43 meter; Wanita - 2.24 meter.
3.
Bola pertandingan yang
digunakan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
4.
Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 3 orang
peserta.
5.
Jersi seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas
dicetak.
6.
Pertandingan akan dijalankan
secara kalah-mati dalam 1 set (25 mata) saja.
7.
Sistem pengiraan mata adalah seperti system pingpong.
Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan mesti mendahului
dengan 2 mata untuk menang.
8.
Dalam setiap
perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30
saat.
9.
Setiap pasukan
mesti ada 3 orang peserta yang bertanding
dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak
lengkap, kemenangan akan diberi
kepada pihak lawan.
10.
Pasukan yang lewat
melaporkan diri akan dikira memberi
“Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa
yang telah dijadualkan.
11.
Dalam permainan hanya 3 sentuhan dibenarkan untuk menghantar bola ke
gelanggang
pihak awan dan “blocking” dikira sebagai satu pukulan.
12.
Pasukan yang ingin membuat bantahan
semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan. Diikuti dengan surat dan yuran bantahan RM100.00 dalam masa 30 minit selepas perlawanan. Bantahan/rayuan akan dipertimbangkan
oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi
adalah muktamad. Pemain tidak
dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil
atas “playing fault”.
13.
Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak Penganjur berdasarkan PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.