PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI ANJURAN BERSAMA JBSNPP & KELAB SUKAN VPM
(Pertandingan Bola Tampar 3-sebelah)
TARIKH    :    14hb November, 2015 (Sabtu)
MASA        :    Jam 8.00pagi - 2.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.
                     
                         
1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1.      KARNIVAL
RAKAN MUDA DAY OUT NEGERI PULAU PINANG 2015
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH).
2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.
     Jabatan Belia
& Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3
                  Kelab
Sukan VPM                 
3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.      Pertandingan
ini adalah terbuka kepada pemain berumur 15 tahun hingga 30 tahun. Anggaran
bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 16 pasukan (8 pasukan lelaki dan
8 pasukan wanita).
4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.
     TARIKH           :           14hb
November 2015 (Sabtu)
4.2.
     MASA
             :           Jam 8.00pagi - 2.00petang.
4.3.
     TEMPAT          :           Kompleks
Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.    
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH
TUTUP:
5.1.      Borang
penyertaan boleh akan didapati dari facebook: volleyball pillar management
5.2.
     Yuran Penyertaan:
RM30-00.
5.3.
     Tarikh tutup: 11hb
November 2015.
5.4.      Semua
borang penyertaan mesti fax/emel kepada pihak penganjur pada atau sebelum
tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat).
                        Fax: 04-6460718 / Emel:
volleyball.pillarmanagement@gmail.com
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan
 adalah saperti berikut:
      6.1.
      JOHAN                       
                       :  Wang Tunai RM200-00  
6.2.
     NAIB JOHAN
              
           
           :
 Wang Tunai RM100-00  
6.3.
     KETIGA BERSAMA
                             :  Wang Tunai RM  50-00
 
7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.
     Sistem
Pertandingan akan di tetapkan oleh pihak penganjur.
7.2.      Pihak
penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan
pertandingan dijalankan dengan lancar.
8. UPACARA
PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1      Upacara penutupan ringkas akan diadakan selepas perlawanan akhir.
9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.
     Sila merujuk
kepada Lampiran A
LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pemain berumur 15 hingga 30 tahun.
 - Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
 - Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
 - Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.
 - Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
 - Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati atau liga berkumpulan dengan 1 set (25 mata) sahaja.
 - Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong. Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
 - Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out” 30 saat sahaja.
 - Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
 - Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
 - Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.
 - Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan dengan wang deposit RM200-00 dalam 30 minit dari tamat perlawanan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delegasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi ini adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
 - Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.
 
Disediakan Oleh: Jawatankuasa Penganjur, KARNIVAL RAKAN MUDA DAY OUT P.PINANG 2015
– PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH.
