Karnival Sukan JBS 2015
(Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah)
TARIKH    :    10hb Mei, 2015 (Ahad)
MASA        :   Jam 8.00pagi - 1.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.
                    
           
1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1. KARNIVAL SUKAN JBS 2015
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH) 
2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1. Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3 Kelab Sukan VPM 
3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain bola tampar pantai. Bilangan pasukan yang mengambil bahagian terhad kepada 16 pasukan sahaja (8 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).
4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1. TARIKH    :    10hb Mei, 2015 (Ahad)
4.2. MASA        :   Jam 8.00pagi - 2.00petang.
4.3. TEMPAT   :    Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.    
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1. Borang penyertaan boleh akan didapati dari facebook: volleyball pillar management
5.2. Yuran Penyertaan: RM30-00.
5.3. Tarikh tutup: 30hb April 2015.
5.4. Semua borang penyertaan mesti emel kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat). 
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:
       6.1. JOHAN              :  Wang Tunai RM200-00  + Pingat
6.2. NAIB JOHAN         :  Wang Tunai RM100-00  + Pingat
6.3. KETIGA BERSAMA  :  Wang Tunai RM  50-00  + Pingat
7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1. Sistem Pertandingan KALAH MATI akan digunakan.
7.2. Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.
 8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
- Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan akhir.
 
9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1. Sila merujuk kepada Lampiran A 
LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN 
KARNIVAL SUKAN JBS 2015
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH)
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain bola tampar pantai yang menetap di Malaysia.
 
- Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
 
- Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
 
- Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.
 
- Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.
 
- Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dalam 1 set (25 mata) sahaja.
 
- Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong. Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
 
- Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalan 30 saat.
 
- Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
 
- Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
 
- Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.
 
- Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
 
- Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan di putuskan oleh pihak penganjur berdasarkan PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.
 

No comments:
Post a Comment