VPM - RAKAN MUDA
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
JEMPUTAN WANITA 4-SEBELAH 2015
TARIKH : 1hb Februari, 2015 (Ahad)
MASA : Jam 8.00pagi - 2.00petang.
TEMPAT : Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.
A total of 6 women teams had participated in the day invitation 4vs4 last sunday.
We would like to thanks JBSNPP and all the teams participated for the support to make this tournament successful!
HERE ARE THE RESULTS:
Congratulations to all the winners !!
Visit us for more tournaments in 2015!
"MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!"
Team T4 |
Team Arions |
Team Wall-E-Bow |
Team Arions n Team Drumstick |
Team HA HA |
Team UITM More Photos (Click Here) |
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 4 SEBELAH JEMPUTAN WANITA RAKAN MUDA.
1. OBJEKTIF:
1.1.
MEMPROMOSIKAN BOLA
TAMPAR SEBAGAI SUKAN REKREASI DAN MENGGALAKKAN
ACKTIVITI BERSUKAN DI KALANGAN WANITA.
1.2.
MENINGKATKAN
KESEDARAN SUKAN & KECERGASAN KEPADA SEMUA.
2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1. KELAB SUKAN VPM dengan kerjasama
2.2. JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG.
3.
SASARAN KUMPULAN:
3.1. Pertandingan
ini adalah atas jemputan kepada pasukan bola tampar wanita sahaja.
3.2. Bilangan
pasukan yang mengambil bahagian dihadkan kepada 6 pasukan wanita yang terawal
menerima jemputan penganjur.
4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1. TARIKH
: Ahad,1hb Febuari, 2015
4.2. MASA :
JAM 8.00 pagi HINGGA 4.00 ptg
4.3. TEMPAT
: KOMPELKS BELIA & SUKAN,
BATU UBAN, PULAU PINANG.
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1. Borang penyertaan boleh didapati daripada
Kelab Sukan VPM, Bayan Baru, Pulau Pinang
5.2. Yuran Penyertaan: RM30-00.
5.3. Tarikh tutup: 15hb Januari, 2015 atau
bilangan 6 pasukan telah di capai.
5.4. Semua borang penyertaan
dan yuran mesti diserah kepada pihak
penganjur secepat mungkin. (PIHAK PENGANJUR HANYA AKAN MENERIMA 6 PASUKAN YANG
TERAWAL MEMBUAT PENDAFTARAN)
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan adalah saperti berikut:
6.1. JOHAN : Pingat individu + baucer
6.2. NAIB JOHAN : Pingat individu + baucer
6.3. TEMPAT KETIGA BERSAMA : Pingat
individu + baucer
7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1. Sistem Pertandingan akan ditentukan
dengan jumlah penyertaan.
7.2. Pihak
penganjur berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan
pertandingan dijalankan dengan lancar.
8.
UPACARA PENUTUP:
8.1.1
Upacara penutup
ringkas akan diadakan pada akhir pertandingan. Semua pasukan yang menang – tempat
pertama hingga ketiga diwajib hadir dengan semua pemain nya untuk menerima
hadiah masing-masing. Hadiah tidak akan di berikan kepada mana-mana pasukan yang
tidak hadir dengan 4 orang pemain pada majlis penutupan ini.
9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1. Sila
merujuk kepada Lampiran A
LAMPIRAN A
PERATURAN
PERTANDINGAN
1 Pertandingan ini adalah atas jemputan Kelab
Sukan VPM kepada pasukan bola tampar wanita sahaja. Permain kebangsaan yang
pernah mewakili negara dalam BT Dewan & BT Pantai di larang mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.
2 Tinggi net untuk pertandingan ialah 2.24
meter.
3 Bola pertandingan yang digunakan akan di
tentukan oleh pihak penganjur.
4 Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 5
orang peserta. Satu pemain hanya dibenarkan menwakili satu pasukan sahaja.
5 Jersi yang seragam warna diperlukan untuk
setiap pasukan.
6 Pertandingan akan dijalankan dengan “Best of 3
Sets (15 mata) sahaja untuk semua perlawanan. Pasukan hendak bertukar
gelanggang apabila salah satu pasukan telah memperolehi 8 mata dalam set penentuan.
7 Sistem pengiraan mata adalah seperti sistem
pingpong. Apabila terdapat mata seri 14:14
pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
8 Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan
2 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
9 Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta
yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap,
kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
10 Pasukan yang lewat melaporkan diri akan
dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang
telah dijadualkan.
11 Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan
dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” tidak dikira
sebagai satu pukulan. Pemain akan membuat servis mengikut giliran dan mengikut
pusingan (rotation).
12 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa
perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan diikuti dengan
bantahan bertulis bersama wang cagaran RM100-00. Bantahan/rayuan akan di
pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh
Delegasi adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan
pengadil atas “playing fault”.
13 Peraturan yang tidak dinyatakan dalam
peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola.
Disediakan Oleh:
JAWATAN KUASA PENGELOLA - PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 4 SEBELAH JEMPUTAN
WANITA RAKAN MUDA.
No comments:
Post a Comment