(BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH) 2014
TARIKH:                  30HB NOVEMBER 2014 (AHAD)
MASA:                      8 PAGI – 2 PTG
TEMPAT:                 KOMBES, BATU UBAN, P.PINANG
1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1.         MINI KARNIVAL SUKAN PERINGKAT NEGERI P.
PINANG
(BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH) 2014.
2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.         Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau
Pinang dan
2.3           Kelab Sukan VPM              
3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.         Pertandingan ini adalah terbuka kepada
semua. Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 16 pasukan (8
pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).
4. TARIKH, MASA DAN
TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.         TARIKH    :    30hb
November 2014 (Ahad)
4.2.         MASA        :  
Jam 8.00pagi - 2.00petang.
4.3.         TEMPAT  
:    Kompleks Belia & Sukan,
Batu Uban, Pulau Pinang.    
5. PENDAFTARAN DAN
TARIKH TUTUP:
5.1.         Borang penyertaan boleh akan didapati
dari facebook: volleyball pillar management
5.2.         Yuran Penyertaan: RM20-00.
5.3.         Tarikh tutup: 20hb November 2014.
5.4.         Semua
borang penyertaan mesti fax/emel kepada pihak penganjur pada atau sebelum
tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat). 
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah
kemenangan  adalah saperti berikut:
       6.1.           JOHAN                                   :  Wang Tunai RM200-00  + Pingat
6.2.         NAIB JOHAN                           : 
Wang Tunai RM100-00  + Pingat
6.3.         KETIGA BERSAMA                :  Wang Tunai
RM  50-00 
+ Pingat
7. SISTEM
PERTANDINGAN:
7.1.         Sistem Pertandingan KALAH MATI akan
digunakan.
7.2.         Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan
peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.
 8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1     
Upacara penutupan akan diadakan selepas
perlawanan akhir.
9. PERATURAN
PERTANDINGAN:
9.1.         Sila merujuk kepada Lampiran A 
LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pasukan bola tampar pantai.
 - Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanit ialah 2.24 meter.
 - Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
 - Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.
 - Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.
 - Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dengan 1 set (25 mata) sahaja.
 - Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong. Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
 - Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out” 30 saat sahaja.
 - Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
 - Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
 - Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.
 - Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan dengan wang deposit RM100-00 dalam 30 minit dari tamat perlawanan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delegasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi ini adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
 - Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.
 
Disediakan
Oleh: Jawatankuasa
Penganjur Mini Karnival Sukan P. Pinang (Bola Tampar Pantai 3-Sebelah) 2014.

No comments:
Post a Comment