Tuan/Puan,
PER: JEMPUTAN – KEJOHANAN BOLA TAMPAR VETERAN P. PINANG 2011
(PIALA DATO’ KOAY KAR HUAH)
Salam Mesra dari Kelab Sukan VPM!
2. Pihak Kelab Sukan VPM dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kelab kami akan menganjurkan Kejohanan tersebut dari 23hb (Jumaat) hingga 25hb (Ahad) Disember, 2011 di Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, P.Pinang.
3. Sedemikian, Kelab kami berhajat untuk menjemput pasukan tuan/puan untuk menyertai Kejohanan Veteran ini. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita akan dijemput bertanding. Tarikh tutup untuk Kejohanan ini adalah 5hb Disember, 2011. Bersama-sama surat ini kami telah lampirkan borang penyertaan dan peraturan-peraturan pertandingan untuk perhatian tuan/puan.
Sila hubungi saya atau En. Loo Ee @ 012-4533044 untuk segala pertanyaan. Kami berharap pasukan tuan/puan akan menyertai Kejohanan ini dan dapat memberi jawapan tuan/puan dengan secepat mungkin.
“KE ARAH KECEMERLANGAN BOLA TAMPAR 1 MALAYSIA!”
Yang Ikhlas,
Angelina Hoh WK (HP No: 016-4703733)
President, Kelab Sukan VPM
RULES AND REGULATION
KEJOHANAN BOLA TAMPAR VETERAN P. PINANG 2011
(PIALA DATO’ KOAY KAR HUAH)
1. NAMA PERTANDINGAN:
· KEJOHANAN BOLA TAMPAR VETERAN PULAU PINANG 2011
(PIALA DATO’ KOAY KAR HUAH).
2. PENAJA UTAMA:
· DATO’ KOAY KAR HUAH
(PENYELARAS BN KAWASAN PARLIMEN BUKIT GELUGOR, P. PINANG).
3. PENGELOLA BERSAMA:
- KELAB SUKAN VPM.
- JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG.
- PERSATUAN BOLA TAMPAR PULAU PINANG.
4. OBJEKTIF:
- Mempromosikan aktiviti-aktiviti sihat dan sukan di kalangan warga berusia 30an dan keatas.
- Mengelolahkan acara sukan yang dapat mengeratkan perhubungan baik antara kaum.
- Meningkatkan kesedaran sukan bola tampar sebagai sukan rekreasi yang sesuai untuk orang ramai.
5. SASARAN KUMPULAN:
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk-penduduk seluruh Malaysia yang berumur 30 keatas (wanita) dan 35 keatas (lelaki) .
- Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 20 pasukan (12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).
6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
- TARIKH: 23 - 25 DISEMBER 2011
· TEMPAT: KOMPLEKS BELIA & SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG.
7. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
- Borang-borang penyertaan akan diedarkan kepada kelab-kelab sukan dan pasukan bola tampar di Jabatan-jabatan Kerajaan dan sektor swasta.
- Yuran Penyertaan: RM150-00 dan Wang Cagaran RM100-00. Bayaran cek mesti diletakkan atas nama “VOLLEYBALL PILLAR MANAGEMENT”.
- Semua borang penyertaan yang diisi dan yuran mesti diserahkan kepada:
Pn. Angelina Hoh, H/P : 016-4703733 atau En. Loo Ee H/P:012-4533044 atau Fax :04-6460718. Alamat: No. 1, Lorong Mahsuri 7, Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang.
- Tarikh Tutup: 5hb Disember 2011.
8. PENGANGKUTAN AND PENGINAPAN:
Segala tambang pengangkutan and kos penginapan adalah tanggungan pasukan sendiri.
9. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan adalah saperti berikut:
- JOHAN : Wang Tunai RM500-00 + 15 Pingat
- NAIB JOHAN : Wang Tunai RM300-00 + 15 Pingat
- KETIGA BERSAMA : Wang Tunai RM100-00 + 15 Pingat
10. SISTEM PERTANDINGAN:
- Pertandingan akan dijalankan secara Liga atau Liga Kumpulan pada pusingan awal bergantung kepada bilangan pasukan yang mengambil bahagian.
- Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.
11. UPACARA PENUTUPAN:
- Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan yang terakhir.
12. PERATURAN PERTANDINGAN:
· Sila rujuk kepada Lampiran.
13. PERTANYAAN:
· Semua surat dan pertanyaan boleh dirujuk kepada: President, Kelab Sukan VPM, Pn. Angelina Hoh, No:1 Lorong Mahsuri 7, Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang. (Telefon: 016-4703733).
PERATURAN
KEJOHANAN BOLA TAMPAR VETERAN P.PINANG 2011
(PIALA DATO’ KOAY KAR HUAH)
LAMPIRAN
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk-penduduk Malaysia yang berusia 30 tahun keatas (Wanita) dan 35 tahun keatas (lelaki). Untuk pemain yang pernah mewakili Negara had umur ialah 35 tahun keatas (wanita) dan 40 tahun keatas (lelaki).
2. Ketinggian net untuk pertandingan lelaki adalah 2.38 meter; manakala untuk wanita adalah 2.20 meter.
3. Bola pertandingan yang digunakan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
4. Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang peserta. Seorang pemain hanya boleh menyertai satu pasukan sahaja.
5. Jersi yang mempunyai warna yang seragam diperlukan oleh setiap pasukan. Jersi pemain Libero mesti berbeza warna daripada pemain yang lain. Nombor pemain mesti jelas dicetak.
6. Semua perlawanan akan diputuskan dengan “Best of 3 Sets” (25 mata). Dalam set penentuan 15 mata sahaja perlu dimainkan. Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem “ping-pong”. Apabila terdapat mata seri 24:24 , pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
7. Dalam setiap set, pasukan dibenarkan 2 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
8. Setiap pasukan mesti ada 6 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Jikalau pasukan mana yang tidak lengkap, kemenangan akan diberi kepada pihak lawan dan akan hilang wang cagaran RM100-00. Pasukan yang lewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.
9. Dalam pengiraan kedudukan, pasukan yang menang akan mendapat 2 mata, manakala pasukan yang kalah diberi 1 mata dan pasukan yang memberi “Walk Over” tidak akan mendapat sebarang mata. Jika terdapat mata yang sama, maka kedudukan akan dikira berdasarkan kadar poin yang menang dan kalah.
10 .Semua pasukan yang telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir mesti menghadiri
upacara penutupan dengan sekurang-kurangnya 8 pemain atau hilang wang cagaran.
11. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan perlawanan akan diteruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan dibenarkan membuat bantahan. Pasukan mesti mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Pengelola secara bertulis dengan wang tunai RM200-00 sebagai wang cagaran dalam tempoh 1 jam selepas perlawanan berkenaan. Bantahan/rayuan akan dipertimbangkan oleh Juri Rayuan. Jika bantahan/rayuan diterima, wang cagaran akan dikembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya bantahan/rayuan tidak berjaya. Keputusan dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
12 . Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan
PERATURAN BOLA TAMPAR FIVB.
(PIALA DATO’ KOAY KAR HUAH)
BORANG PENYERTAAN
NAMA PASUKAN: | NO. TEL: | ||
ALAMAT: | EMEL: | ||
PENGURUS PASUKAN: | NO. TEL. BIMBIT: | ||
T.TANGAN PENGURUS: | KETUA JURULATIH: | ||
PEN. JURULATIH: | T.T. PENGERUSI PERTANDINGAN |
MAKLUMAT PEMAIN:
NO. | NAMA PEMAIN | NO. JERSI | NO. K/P | TARIKH LAHIR |
1. | (Kpt.) | |||
2. | ||||
3. | ||||
4. | ||||
5. | ||||
6. | ||||
7. | ||||
8. | ||||
9. | ||||
10. | ||||
11. | ||||
12. | (Libero) |
TARIKH TUTUP: 5HB DISEMBER 2011.
HANTAR BORANG KEPADA: KELAB SUKAN VPM @ NO. 1 LRG MAHSURI 7
11950 BAYAN BARU, P. PINANG. FAX: 04-6460718
UNTUK PERTANYAAN HUBUNGI: LOOEE @ 012-4533044
No comments:
Post a Comment